Kematangan rakyat asas perpaduan & keharmonian | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Kematangan rakyat asas perpaduan & keharmonian

Oleh : RODZIAH ISMAIL

Bersyukur kepada Allah bahawa kita masih utuh memelihara keamanan dalam masyarakat berbagai kaum, bangsa dan agama.

Ia adalah hasil kebijaksanaan rakyat yang kini sudah jauh celik, lebih mengerti tentang demokrasi dan ketelusan – terima kasih kepada perkongsian hebahan isu dan informasi dari kalangan rakyat yang didokong oleh penggunaan teknologi maklumat yang berleluasa.


Oleh yang demikian, elemen, khususnya ahli politik yang beragenda peribadi amat sukar untuk berterusan memperbodoh dan memperdayakan rakyat.

Kemajuan rakyat ke arah meningkatkan kefahaman dalam berbezaan antara mereka adalah jaminan kelangsungan suasana aman dan terpeliharanya kesejahteraan di kalangan rakyat.

“Hai manusia, sesungguhnya Aku menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” – Hujurat:13

forum wanita muda

Rakyat seharusnya tidak membenarkan sebarang anasir jahat yang ingin menimbulkan ketegangan dan rasa tidak percaya sesama rakyat supaya anasir jahat itu akhirnya mengawal, memperlaku dengan sewenang-wenangnya dan memperkosa apa yang menjadi hak dan milik rakyat.

Rakyat juga tidak harus terperangkap dalam mainan ali-ahli politik yang ingin memecah-belahkan masyarakat. Kematangan rakyat untuk menilai dengan betul dan tepat adalah asas dalam sistem demokasi tulin ke arah masyarakat yang saling menghormati antara mereka.

Ia menuntut agar rakyat faham dan jelas mengenai sesuatu itu, bukan mengikut sahaja apa yang disogokkan kepada mereka menerusi kaca TV, radio dan akhabar arus perdana.

Semoga menjadi budaya rakyat, budaya saling ingat-memperingati untuk berlaku adil dan waras dalam isu-isu yang ditimbulkan agar semuanya menuju ke arah saling memahami dengan lebih baik antara satu satu sama lain dari perspektif adat, tradisi, budaya dan agama.

Selamat menyambut Tahun Baru 2014 kepada seluruh warga Tionghua di Malaysia, khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan.

 

Rodziah Ismail adalah Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION