Kerajaan Pusat patut batal tarik subsidi elak ramai rakyat berhutang, muflis | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Kerajaan Pusat patut batal tarik subsidi elak ramai rakyat berhutang, muflis

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 13 JAN : Kerajaan Pusat digesa supaya menimbang semula keputusan membatalkan pemberian subsidi dan mengawal kenaikan harga barang di negara ini bagi memastikan bebanan hutang rakyat dapat dikurangkan.

Mantan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob, berkata pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga tidak boleh dilaksanakan kerana ia akan terus menekan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.


turun185587_270068469770634_507982433_nSelain itu, katanya Kerajaan Pusat perlu mengambil langkah menurunkan harga rumah dan kenderaan supaya ia lebih berpatutan dan memenuhi kemampuan rakyat Malaysia.

“Kalau boleh Kerajaan Pusat melalui Bank Negara perlu menentukan supaya kadar faedah pinjaman bank tidak dinaikkan dalam masa terdekat kerana apabila perkara ini terjadi bayaran ansuran oleh peminjam itu juga turut meningkat.

“Sekiranya faedah pinjaman itu bertambah tetapi pendapatan rakyat tidak juga bertambah, maka masalah beban hutang akan terus meningkat yang akhirnya menyebabkan lebih ramai orang akan muflis,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, Ketua Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng berpendapat lebih ramai rakyat Malaysia bakal muflis berikutan pemotongan subsidi kerajaan serta kenaikan harga barangan untuk menyelesaikan masalah kewangan negara.

Akhbar Singapura, Straits Times pula melaporkan terdapat lebih 60 rakyat diisytiharkan muflis setiap hari sehingga September, iaitu naik daripada 53 sehari pada 2012.

Dr Rosli YaakopMengulas lanjut, Dr Rosli berkata perangkaan BNM menunjukkan kadar keberhutangan isi rumah tangga di Malaysia adalah tertinggi di Asia iaitu sekitar 80 hingga 85 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Malah katanya peratusan itu masih berterusan meningkat di mana dianggarkan kadar keberhutangan isi rumah rakyat berpendapatan rendah dan sederhana adalah jauh lebih tinggi.

Katanya hutang itu merujuk kepada tiga perkara utama iaitu rumah, kenderaan dan kad kredit.

“Seseorang individu itu terpaksa membayar ansuran bulanan yang tinggi sehingga hanya sebahagian kecil sahaja yang diperuntukkan untuk perbelanjaan lain.

harga-naik“Baki itu tidak mencukupi untuk meningkatkan kadar simpanan kerana rakyat terpaksa membayar ansuran bulanan hutang dalam keadaan terhimpit.

“Jadi saya tidak hairan kalau statistik menunjukkan kes muflis di kalangan rakyat Malaysia akan semakin meningkat,” katanya lagi.

EZY

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION