Kerajaan Pusat patut beri penjelasan peruntukan RM150 juta Program Permata | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Kerajaan Pusat patut beri penjelasan peruntukan RM150 juta Program Permata

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 16 JAN: Kerajaan Pusat digesa memberikan penjelasan berhubung pertindihan fungsi Program Permata dan Kementerian Pelajaran yang menelan belanja besar.

Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin, berkata Kerajaan Pusat juga perlu menjelaskan perbezaan jumlah peruntukan besar diterima program itu bagi 2013 berbanding jumlah dinyatakan dalam Belanjawan 2013.


rosmah-permata-2Katanya, program yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu menerima peruntukan bagi 2013 sebanyak RM150 juta berbanding hanya RM40.7 juta yang dinyatakan dalam teks belanjawan 2013.

“Setiausaha Bahagian Permata mengeluarkan kenyataan beliau adalah individu bertanggungjawab menjaga dan menguruskan peruntukkan RM150 juta yang disalurkan kerajaan untuk Permata.

“Kenyataan beliau secara tidak langsung mengesahkan peruntukkan program Permata jauh lebih besar daripada peruntukkan dinyatakan dalam belanjawan,” kata Manivanan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.

manivanan gowinManivanan berkata, pembangunan program pendidikan awal patut diletakkan di bawah pemantauan Kementeri Pelajaran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan bukannya di bawah Permata.

“Operasi pendidikan awal di bawah Kementerian Pelajaran sudah diberi peruntukan dalam Belanjawan 2014 sebanyak RM482.3 juta,” kata Manivanan.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION