Khai Loon pertahan flash mob kangkung, dakwa Umno rasis | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Khai Loon pertahan flash mob kangkung, dakwa Umno rasis

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 19 JAN : Flash mob “I Love Kangkung” yang dianjurkan minggu lalu didakwa sengaja diputar-belitkan Umno kerana hanya bertujuan membantah siri kenaikan harga barang secara mendadak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon, berkata demonstrasi Umno yang kononnya ingin mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pulau Pinang bertukar kecoh apabila mereka mula memainkan sentimen perkauman dan membuat serangan peribadi ke atas pimpinan Pakatan Rakyat (PR).


lee khai loonBeliau berkata, penyokong Umno mula bertindak ganas apabila didapati memukul dua orang awam yang melintasi kawasan demonstrasi berkenaan.

“Saya menghormati hak berhimpun dan berdemo untuk Umno dan penyokongnya, tetapi tindakan mereka yang seringkali mengambil langkah ganas serta kasar dalam demonstrasi amat dikesali.

“Salah satu contoh flyer memanggil orang ramai menghadiri demonstrasi menunjukkan seorang lelaki membawa senjata parang serta menggunakan bahasa berbaur ugutan dan provokasi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Khai Loon yang juga Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, matlamat gerakan itu adalah untuk berbincang isu kehidupan harian rakyat, namun disalah tafsir Umno dan penyokongnya.

Katanya, ekoran sikap pemimpin Umno itu akan menyebabkan arena politik di negara ini semakin mengundur ke belakang.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa bersatu hati membantah kenaikan harga barang serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) supaya fokus perjuangan rakyat tidak dialihkan segelintir ahli politik perkauman sempit,” katanya.

kangkungPada 15 Januari lalu, Lee menganjurkan parodi “flash mob kangkung” disertai hampir 15 orang di Alma Bukit Mertajam sebagai bantahan kepada kenaikan harga barang.

Kumpulan terbabit berhimpun di tengah laluan trafik sesak sambil melakukan adegan menyumbat kangkung ke dalam mulut ternganga replika Najib sambil diiringi lagu kanak-kanak yang diubahsuai iaitu “Lenggang-Lenggang Kangkung”.

Tindakan itu mendapat bantahan pengikut Umno yang mengadakan dua siri himpunan di Bandar Sunway Seberang Jaya dan Alma, Pulau Pinang, di hadapan pusat khidmat masyarakatnya.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION