SELANGOR

Kolam Air Panas Kerling dinaiktaraf jadi tarikan baru pelancongan

Oleh: Asri Sapfie

HULU SELANGOR 28 JAN: Kolam Air Panas Sungai kerling bakal menjadi salah satu tarikan pelancong dari dalam dan luar negara dengan proses naik taraf kawasan itu daripada Kerajaan Selangor berjumlah RM40,000.

Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong, berkata ia selaras dengan hasrat menjadikan kawasan itu sebagai eco-pelancongan, agar lebih cantik dan bersih.

IMG_1897aBeliau berkata, para pelancong tidak perlu khuatir dengan keselamatan mereka dan juga kenderaan kerana tempat ini turut menyediakan khidmat pengawal keselamatan.

“Jika kita melihat di negara lain seperti jepun, mereka menjadikan kawasan air panas sebagai tempat komersial namun kawasan air panas khususnya Air Panas Sungai Kerling ini tetap akan dibuka kepada umum dan ianya percuma.

“Saya berharap agar kita sama-sama menjaga kebersihan kawasan air panas ini dan saya mempelawa para peniaga untuk turut menjadikan kawasan ini sebgai tempat untuk mereka mencari rezeki,” kata beliau.

Lee Kee Hiong aLee Kee Hiong berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini selepas merasmikan Program Pelepasan Benih Ikan di Sungai Kerling, di sini hari ini.

Katanya, beliau turut melahirkan rasa gembira kerjasama Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Jabatan Perikanan Selangor yang memberikan komitmen menambahbaik kawasan air panas itu.

Dalam program tersebut kira-kira 30 ribu benih ikan lampam sungai berjaya dilepaskan.

Apa yang menariknya, program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Kerling yang turut membantu melepaskan benih ikan itu.

Tukiman Bin Nail YDP MDHS aYang Dipertua MDHS, Tukiman Nail, berkata penambahbaikan infrastuktur dan kemudahan persekitaran kawasan tersebut akan dilakukan dari semasa ke semasa.

“Setakat ini kos keseluruhan penambahbaikan kawasan ini kira-kira RM84 ribu. Ini termasuklah dengan pembinaan gazebo, tandas-tandas dan juga penurapan semula jalan raya bagi memastikan keselesaan pengunjung.

“Kita juga sedang dalam proses melebarkan jalan masuk ke kawasan itu dan akan berbincang dengan para pemilik tanah bagi mendapatkan persetujuan mereka.

“Sekiranya ramai pengunjung berkunjung ke kawasan ini, kami bakal menyediakan tapak berniaga bagi para penjaja,” kata beliau.

IMG_2001aSehingga kini kira-kira 5 juta ekor benih anak ikan yang terdiri daripada spesies seperti patin, udang dan lampam sungai dilepaskan di 20 batang sungai sekitar Hulu Selangor.

EZY


Pengarang :