Kontraktor hospital patut pastikan kualiti kebersihan dijaga | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Kontraktor hospital patut pastikan kualiti kebersihan dijaga

Oleh : SIRAJ ZAINI

KLANG 16 JAN: Hospital seharusnya bebas daripada bahan buangan termasuk sampah sarap kerana ia pusat tumpuan orang awam yang menghidapi masalah kesihatan.

hospitalDemikian reaksi orang awam apabila diajukan persoalan mengenai kualiti kebersihan yang didakwa semakin diabaikan kontraktor yang menerima tender daripada Kerajaan Pusat bagi tujuan pembersihan sampah di seluruh hospital.


Bagi seorang kakitangan swasta, Rusdan Ahmad 29, beliau berpendapat semua pihak tidak memandang remeh isu pengendalian sampah, khususnya di hospital kerana bahan-bahan yang terkandung di dalam sampah boleh menjadi agen penyebar wabak penyakit.

rusdan ahmad“Saya rasa masalah sampah ini perlu dipandang serius, biarpun terdapat papan tanda mengenai kebersihan, tetapi apabila saya lihat masih ada sampah bertaburan di parkir kereta, longkang, ia suatu perkara yang amat mengecewakan,” katanya ketika ditemui di pekarangan hospital di daerah Klang.

Beliau sependapat dengan Khairul Munir Mustapha, 27, yang menyatakan pihak yang mendapat kontrak pembersihan perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan melaksanakan tugas yang diberikan.

khairul munir“Saya kurang bersetuju apabila mengetahui Kerajaan Pusat menyerahkan tender kepada pihak yang kurang bertanggungjawab kerana ia melibatkan kepentingan rakyat,” kata pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu.

Manakala Abdul Basit Abdullah, 54, berkata hospital seharusnya bebas daripada segala sampah kerana ia mencerminkan kualiti perkhidmatan yang disedikan di setiap hospital yang dikunjungi orang awam.

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri menggesa Kerajaan Pusat mengkaji semula kontrak pembersihan hospital di Selangor yang diberikan kepada syarikat kroni ekoran kegagalan memberi perkhidmatan yang efektif.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi, berkata perkara itu perlu dipandang serius demi memastikan keadaan hospital yang bersih dan tidak mempengaruhi pesakit.

Dr Daroyah berkata Kementerian Kesihatan perlu memberi peluang kepada kontraktor lain bersaing secara kompetitif dan bukannya memberi kontrak monopoli kepada satu syarikat sahaja.

Sebelum ini, terdapat aduan bahawa kakitangan hospital terpaksa mengambil alih kerja mencuci tandas dan wad di kebanyakan hospital kecuali Hospital Serdang.

Dilaporkan, hanya 13 orang daripada 135 orang dihantar oleh Radicare untuk kerja pembersihan di Hospital Klang dan keadaan di beberapa hospital di Selangor sudah di tahap ‘huru-hara’ bukan sahaja disebabkan kebanjiran begitu ramai pesakit tetapi ekoran timbulnya masalah kebersihan serta kutipan sampah.

Difahamkan, Radicare diberikan kontrak kerja pembersihan di semua hospital sejak 2013, namun syarikat terbabit mengurangkan tenaga kerjanya daripada 120 orang kepada 20 orang sahaja di setiap hospital.

EZY

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION