Kos laksana GST bakal melonjak RM1 bilion | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Kos laksana GST bakal melonjak RM1 bilion

Oleh: Norhayati Umor

PETALING JAYA 8 JAN : Putrajaya sudah membelanjakan RM200 juta untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dan kos dijangka melonjak kepada lebih daripada RM1 bilion sebelum ia berkuatkuasa April tahun depan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata perbelanjaan itu menunjukkan Barisan Nasional (BN) tidak sensitif dengan kesusahan rakyat berdepan dengan kos sara hidup.


rafizi pc white stripes 03Katanya, perbelanjaan besar itu adalah pembaziran kerana dengan jumlah itu, kerajaan boleh membeli sebuah syarikat perisian.

“Perbelanjaan RM200 juta hanya untuk sebahagian dari pelaksanaan GST adalah satu belanja yang besar dalam keadaan BN mahu mencukai rakyat untuk menampung defisit.

“Sedangkan jumlah itu boleh membeli sebuah syarikat perisian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

gstBaru-baru ini, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Hamzah mengumumkan kerajaan membelanjakan RM100 juta untuk membangunkan MyGST.

Manakala, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Cukai Kementerian Kewangan, Khairul Annuar Othman pula mengumumkan bahawa Belanjawan 2014 memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan menjalankan kempen dan latihan GST.

Rafizi berkata demikian bagi mengulas isu kewujudan sistem perisian perakaunan khusus untuk melaksanakan GST iaitu MyGST.

Katanya, sistem perisian itu akan dijual kepada peniaga-peniaga dan kerajaan mengharapkan sekurang-kurangnya 300,000 peniaga akan membeli sistem itu.

“Oleh itu, kita menunggu jawapan dari Kementerian Kewangan. Menteri Kewangan perlu bertanggungjawab kepada perbelanjaan yang besar ini yang sepetutnya dikurangkan dalam keadaan rakyat sedang berdepan dengan kenaikan kos.

“Jumlah ini sangat besar, mengapa kerajaan membelanjakan jumlah yang begitu besar untuk GST, kami Ahli Parlimen akan bertanyakan jumlah sebenar perbelanjaan ini di sidang parlimen nanti,” katanya.

EZY

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION