KR1M tawar harga tinggi banding kedai lain, gagal bantu kurang kos sara | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


KR1M tawar harga tinggi banding kedai lain, gagal bantu kurang kos sara

Oleh : NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 31 JAN: Langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menambah Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat seperti terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu didapati tidak memberi kesan.

Tinjauan Selangor Kini di salah sebuah KR1M dan sebuah pasar mini berantai popular (pasar mini ‘A’) mendapati kebanyakan harga barangan yang ditawarkan bukan sahaja tidak banyak berbeza, malah terdapat beberapa barangan yang ditawarkan KR1M pada harga lebih tinggi.


download (1)Antara barangan terbabit, krimer berjenama Gold Coin di pasar mini ‘A’ berharga RM2.35, berbanding KR1M pada harga RM2.69; lampin pakai buang bayi jenama Drypers (pek 80 keping, saiz M) di pasar mini ‘A’ pada RM31.50, berbanding KR1M RM31.99 dan susu formula bayi Lactogen 2 (650 gram) RM17.90 di pasar mini ‘A’, manakala KR1M pada harga RM17.95.

Sementara itu, bagi barangan berjenama 1Malaysia pula, Selangor Kini mendapati kebanyakannya adalah lebih murah berbanding harga jenama yang ditawarkan pasar mini ‘A’.

Bagaimanapun, salah seorang kakitangan KR1M dipercayai warga asing memberitahu Selangor Kini, aliran stok barangan jenama 1Malaysia khususnya barangan makanan adalah jauh perlahan berbanding jenama lain disebabkan tidak mendapat sambutan pelanggan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA“Memang barang 1Malaysia lebih murah tetapi orang tidak mahu beli mungkin sebab mereka rasa tidak bagus, tetapi saya rasa tidak berapa betul. Mereka lebih suka beli barang (jenama) lain,” katanya yang sempat berbual dengan wartawan Selangor Kini.

Katanya, kebanyakan pelanggan akan mengaitkan isu kualiti barangan 1Malaysia yang dipercayai lebih rendah berbanding barangan berjenama lain.

Selangor Kini juga mendapati tidak lebih lima pelanggan yang mengunjungi KR1M dalam tempoh masa lebih sejam wartawan berada di kedai serbaneka terbabit.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION