Selangorkini
NASIONAL

KTI tolak pelawaan Kerajaan Pusat lawat insinerator luar negara, anggap ia membazir

SHAH ALAM 13 JAN: Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator (KTI) menolak rancangan Kerajaan Pusat untuk membawa penduduk Taman Beringin ke luar negara untuk melawat insinerator di tempat lain.

Pengerusi badan bertindak itu Isaiah Jacob berkata, wang pembayar cukai yang terlibat adalah lebih baik dibelanjakan bagi menghantar semua anggota Parlimen, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan pegawai Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara untuk melawat tapak pelupusan Bukit Tagar.

tak nak insineratorKatanya, menjemput penduduk melawat insinerator luar negara adalah membazir ratus ribu wang cukai rakyat kerana lawatan itu digunakan sebagai justifikasi membina insinerator.

“KTI percaya lawatan ke luar negara ini hanya terhad kepada meninjau teknologi dan kebaikan insinerator, macam mana dengan kesan negatif insinerator.

“Adakah penganjur lawatan akan menganjurkan soal sesi jawab dengan golongan bantah insinerator tempatan?,” kata Isaiah dalam satu kenyataan media.

TagarKatanya, Menteri seringkali mendakwa Sanitari Lupusan Bukit Tagar beroperasi melebihi tahap keupayaannya.

“KTI minta Menteri membuktikan bahawa Sanitari Lupusan Bukit Tagar hanya cuma mampu menerima 2,500 ton sisa seharidan hayat operasi sudah hampir habis.

“Fakta sebenar ialah Bukit Tagar boleh menerima sisa sampah sampah 4,000 hingga 5,000 ton sehari dan mampu beroperasi sehingga tahun 2050,” katanya.

Beliau berkata lebih daripada 10 Persatuan-persatuan Penduduk sekitar Kuala Lumpur telah bersetuju menyertai kempen Tak Nak Insinerator.

sampah“KTI juga ingin memaklumkan bahawa Pengerusi KTI Isaiah membuat laporan Polis pada 11hbJ anuari 2014 mengenai insiden pembuangan sampah di Jalan MRR2 yang berlak upada 21 Dis 2013.

“KTI mengganggap insiden pemilik Umpan Jaya Sdn Bhd melari diri adalah kes jenayah dan mesti dikenakan tindakan undang-undang sewajar,” kata beliau.

Sebelum ini KTI mengumumkan Megawalk 2.0 akan dianjurkan pada 23 dan 24 Februari ini dengan berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Putrajaya.

EZY


Pengarang :