Lim Kit Siang : Rakyat mahu negara aman, elak peristiwa 13 Mei berulang | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Lim Kit Siang : Rakyat mahu negara aman, elak peristiwa 13 Mei berulang

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 JAN: Dalam keharmonian masyarakat berbilang kaum yang ada di Malaysia, tidak ada sesiapa yang berfikiran matang dan waras akal mahu peristiwa hitam tragedi 13 Mei berulang kembali.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata beliau percaya setiap rakyat sama ada Melayu, Cina dan India yang mungkin mempunyai perbezaan fahaman politik sentiasa mahu negara yang aman dengan urus tadbir yang berintegriti, berakauntabiliti serta telus.


Katanya, rakyat juga mahu negara ditadbir tanpa sebarang unsur rasuah dan penyelewengan yang kini meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara paling korup mengikut Indeks Persepsi Rasuah.

“Rakyat ingin Malaysia maju dengan sistem ekonomi mampan dan berdaya saing demi mewujudkan kehidupan yang selesa dan makmur.

kit siang parlimen 01“Kita juga mahu sistem pendidikan meritokrasi diiktiraf di peringkat antarabangsa bagi melahirkan pelajar yang bertaraf dunia dalam penilaian antarabangsa.

“Dengan ini, kita tidak terperangkap dalam kemerosotan ujian pendidikan antarabangsa,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina, semalam.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menyeru rakyat di segenap lapisan tidak melayan komplot yang dicipta sekumpulan kecil pengkhianat dengan tujuan menjejaskan kestabilan negara.

Manoharan Mesra Rakyat 02“Abaikan segala hasutan membabitkan sebarang sentimen perkauman dan agama yang mahu mencetuskan satu lagi tragedi 13 Mei.

“Sebaliknya, kita perlu menyusun dan melancarkan kempen kasih sayang untuk menyelamatkan Malaysia daripada persengketaan antara kaum dan agama.

“Ini pra-syarat jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang berjaya, progresif, makmur dan berdaya saing di dunia,” katanya.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION