NASIONAL

Mantan MB Selangor: Umno berlagak mahu tonjol Islamik main isu kalimah Allah

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 4 JAN: Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata Umno ‘berlagak’ untuk menunjukkan parti itu Islamik dengan memainkan isu kalimah Allah.

“Tiba-tiba hari ini Umno berlagak sangat Islamik cuma dengan isu kalimah Allah. Seolah-olah negara sudah begitu Islam cuma dengan tunjuk perasaan depan gereja.

mat taib“Negara hari ini pada pandangan saya belum ditadbirkan berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Persekitaran yang baik cara ajaran Nabi tidak diikuti,” kata Muhammad dipetik dari Harakah Daily.

Katanya, suasana persekitaran lebih kepada cara kehidupan sekular dengan sambutan apa sahaja termasuk tahun baru. yang diulang cara yang sama.

Beliau berkata, media cetak dan elektronik bukan melahirkan suasana yang mengikut al-Quran dan Sunnah.

“Malah penuh dengan kemaksiatan, spin yang bukan-bukan dan tak nampak Islamiknya. Anak-anak yang keluar dari alam persekolahan tidak nampak impak Islamiknya.

“Anak-anak yang lahir ke dunia dan dibesarkan dalam suasana yang ada sekarang tidak akan mengikuti cara yang berpandu pada al-Quran dan Sunnah. Kerana ia memang bukan agendanya,” katanya.

Katanya, sebenarnya tanggung jawab mengikuti al-Quran dan Sunnah mencakupi seluruh kehidupan.

“Brunei sudah mula mengorak langkah menuju pentadbiran dan kehidupan berpandu kepada al-Quran dan Sunnah. Mudah-mudahan hasrat mereka berjaya,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat.

EZY


Pengarang :