KENYATAAN MEDIA

Hadir dalam Protes Pensel Merah jika sokong kebebasan media

Oleh : Nik Nazmi Nik Ahmad

Saya mengalu-alukan Protes Pensil Merah yang dianjurkan Gerakan Media Marah (GERAMM) yang akan diadakan di hadapan Bangunan Majlis Peguam, Lebuh Pasar Besar, Kuala Lumpur 2 petang 4 Januari ini.

Protes ini diadakan untuk mendesak agar semua pihak menghormati kebebasan media.

nik nazmiIsu ini mendapat perhatian selepas penggantungan akhbar the Heat oleh Kementerian Dalam Negeri baru-baru in‎i. Akhbar itu baru sahaja membuat liputan tentang perbelanjaan boros dan pembaziran Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Kedua-dua hak untuk berhimpun secara aman dan bersuara dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Maka kita bukan sahaja berharap pihak berkuasa akan menghormati Protes Pensil Merah, tetapi lebih penting lagi menghormati tuntutan GERAMM.

Tindakan terhadap the Heat suatu lagi bukti bahawa Najib gagal melakukan sebarang transformasi terhadap dasar UMNO-BN. ‎Perubahan sebelum ini bersifat kosmetik semata-mata. Najib pernah mendakwa Malaysia ‘demokrasi terbaik di dunia’ tetapi kritikan terhadap beliau dan isteri tidak dibenarkan.

Permit penerbitan adalah amalan yang lapuk dan tidak lagi relevan.

‎Justeru saya menyeru semua rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan demokrasi untuk bersama-sama ke Protes Pensil Merah esok sebagai tanda solidariti kita bersama.

* Nik Nazmi Nik Ahmad adalah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap ADUN Seri Setia

 


Pengarang :