SELANGOR

MB: Elak buat spekulasi rugikan rakyat

Oleh: AFIX REDZUAN

PELABUHAN KLANG, 27 JAN: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa media perlu lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan sebarang berita dan tidak terlalu bergantung dengan spekulasi yang boleh menjejaskan pelbagai pihak.

Abdul Khalid berkata, tiada pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor seperti yang didakwa media milik MCA The Star hari ini.

DSC_9047“Akhbar perlulah bertanggungjawab sebab apa-apa yang ingin dilakukan Menteri Besar atas jawatan tersebut, beliau mesti mendapat nasihat DYMM Sultan.

“Dia (Menteri Besar) tidak boleh membelakangkan Institusi Raja. Oleh sebab itu saya tidak mempunyai perbincangan mengenai perkara ini.

“Saya berharap isu ini dibuat secara tertib sebab Institusi Istana akan bertanya mengapa Menteri Besar membuat kenyataan atau spekulasi.

“Yang sebenarnya tiada (pertukaran Menteri Besar). Yang ada perbincangan mengenai perkembangan Negeri Selangor tapi tidak termasuk perlucutan jawatan Menteri Besar,” kata Abdul Khalid.

Khalid IbrahimBeliau berkata demikian ketika ditemui media selepas program mengedarkan Limau sempena Tahun Baru Cina DUN Pelabuhan Klang,di sini.

Jelasnya lagi, pemimpin politik juga perlu berhati-hati dalam memberikan sebarang komen kerana tindakan mereka akan memberikan kesan kepada reputasi kerja dan kreadibiliti parti.

Abdul Khalid berkata, sebarang pelantikan perlu dibuat melalui proses yang betul dan paling utama perlu mendapat perkenan daripada DYMM Sultan Selangor.

“Media perlu lebih bertanggungjawab. Pelantikan Menteri Besar perlu melalui proses yang betul dan yang utama mendapat perkenan DYMM Sultan,” kata Abdul Khalid.

Sebelum itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan laporan media mendakwa beliau akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menyifatkan laporan akhbar milik MC,A The Star hanyalah satu spekulasi memandangkan ia sudah menjadi cakap-cakap sejak dahulu

Anwar itu turut menafikan perjumpaan bersama Abdul Khalid membincangkan isu tentang peralihan jawatan tersebut.

EZY


Pengarang :