MB: Pelan tindakan lengkap bantu Selangor sasar pendapatan minimum isi rumah RM4,000 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


MB: Pelan tindakan lengkap bantu Selangor sasar pendapatan minimum isi rumah RM4,000

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 23 JAN: Misi menurunkan kadar kemiskinan luar bandar Selangor dijangka berjaya apabila satu rumusan dan pelan tindakan lengkap bagi menangani masalah itu berjaya dicapai dalam sesi percambahan minda yang diadakan Sime Darby Plantation Academy (SDPA), di Pulau Carey, baru-baru ini.

Percambahan minda yang membabitkan Exco Kerajaan Selangor bersama pihak berkuasa tempatan dan jabatan kerajaan negeri itu antara lain mengupas strategi bagi mencipta peluang pekerjaan inovatif ke arah mencapai sasaran pendapatan minima isi rumah RM4,000.


khalid pc blue pc 01Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan medianya berkata, pelan itu dilaksanakan bagi menjamin pertumbuhan ekonomi negeri yang terus mampan, di samping mengagihkan semula kekayaan negeri secara saksama.

“Kita juga mengenalpasti fokus pertumbuhan kepada industri bernilai tinggi yang boleh menjana ekonomi mampan seperti eletronik dan elektrik berteknologi tinggi, bioteknologi, teknologi hijau, industri berkenaan kesihatan dan perubatan, pelancongan, pendidikan serta bidang penyelenggaraan juga baik pulih pesawat (MRO).

“Kita sedang mempertimbangkan ‘konsep pengkongsian keuntungan’ yang sudah digunapakai secara meluas dalam industri minyak dan gas untuk disesuaikan bagi sektor kuari serta perlombongan.

“Kita juga mengenal pasti lokasi strategik yang terdapat permintaan tinggi bagi perumahan mampu milik sebagai langkah mengatasi isu lonjakan harga rumah,” katanya.

MB Melawat Loji Air Kuala Selangor 01Katanya, kerajaan negeri kini juga sedang meneliti pelbagai program latihan teknikal khusus untuk belia luar bandar dan setiap kampung akan diminta menghantar lima peserta untuk menjalani kursus dalam bidang perbidanan, perpaipan serta elektrikal.

“Tambahan pula, kita diberitahu Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pada sesi taklimat semalam bahawa Selangor dijangka mencapai pendapatan perkapita menepati definisi ‘negara maju’ menjelang 2016 dengan mengandaikan Senario A (Model Ekonomi Baharu) dan Senario C (berdasarkan prestasi pertumbuhan historikal Selangor).

“Bersandarkan dua senario yang sama, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Selangor diunjurkan berkembang masing-masing pada kadar 6.8 peratus dan 6.5 peratus secara purata antara 2013 dan 2023,” katanya.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION