MB Selangor takkan berhenti atas desakan sesiapa pun | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


MB Selangor takkan berhenti atas desakan sesiapa pun

SHAH ALAM 28 JAN: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan berhenti dengan kemahuan beliau sendiri.

Beliau yang memegang kerusi panas itu berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana tekanan atau desakan dari sesiapa pun.

“Jika saya berhenti, ia keputusan saya sendiri. Itu sahaja,” kata beliau dalam temuramah bersama Malaysia Kini hari ini.


mb66732e97bd042e1881875abc4c60788a

Beliau memberi komen kemungkinan jawatan beliau bakal digantikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di pilihan raya kecil DUN Kajang tidak lama lagi.

Menurut Khalid, beliau hanya membuat keputusan sekiranya sampai masa yang sesuai dan sehingga kini, tiada perbincangan mengenai pertukaran menteri besar.

Beliau menyifatkan tekanan dan desakan dari semua pihak termasuk parti beliau sendiri hanya merupakan sebahagian dari asam garam dunia dan perjuangan politik beliau.

“Tekanan adalah perkara kecil saya fikirkan. Orang tanya bagaimana saya tidak gila dengan semua tekanan ini. Saya jawab ‘turun naik’ adalah sebahagian hidup. Saya bermula di pasaran saham,” kata beliau.

Bagaimanapun, Khalid berkata beliau mungkin memberi laluan dan mengundur diri sekiranya diminta oleh Anwar sendiri.

“Saya akan (berhenti) jika perlu. Tapi jika saya tak rasa perlu (berhenti), dua perkara akan berlaku. Jika saya tak boleh nak ubah saya berhenti. Jika saya boleh, saya akan teruskan (kerja politik),” kata beliau.

– FZL

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION