Program Pembasmian Kemiskinan Bandar: MBPJ jejak golongan miskin | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Program Pembasmian Kemiskinan Bandar: MBPJ jejak golongan miskin

Oleh : NAEEM RAFFI

PETALING JAYA, 30 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan terus membulatkan tekad menjejaki golongan miskin bandar di wilayah itu untuk disenaraikan dalam Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).

Hal itu kerana, sejak PPKB dilaksanakan pada Jun 2011, kira-kira 866 miskin bandar berjaya keluar daripada paras garis kemiskinan (PGK).


Datuk Bandar MBPJ, Datin Paduka Alinah Ahmad, berkata golongan miskin bandar berpeluang mendapat pengetahuan dan mempelajari pelbagai kemahiran mengikut minat serta kecenderungan mereka bagi menjana pendapatan sendiri melalui PPKB.

datin-alinah“Setakat ini, PPKB menyediakan bengkel jahitan dan sulaman manik, kek dan hiasan, terapi dan urutan badan serta kemahiran komputer (web dan blog).

“MBPJ komited mempergiatkan usaha ini yang turut diusahakan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Amanah Rakyat, Lembaga Zakat Selangor dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) secara bersepadu dalam mengatur program secara komprehensif dan berterusan.

“Sebahagian besar peserta program ini telah mendapat manfaat daripada bengkel kemahiran yang disediakan dan kini telah berupaya meraih pendapatan hasil mengusahakan pernaiagaan sendiri,” katanya ketika ditemui Selangor Kini, di sini, hari ini.

Untuk rekod, sejak dilaksanakan pada Jun 2011 PPKB berjaya mengenalpasti sekurang-kurangnya 1360 miskin bandar di wilayah itu dan ia berjaya diturunkan kepada 866 miskin bandar, pada September lalu.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION