MBPJ naik taraf kemudahan Pusat Komersil SS2 PJ, penuhi kehendak masyarakat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


MBPJ naik taraf kemudahan Pusat Komersil SS2 PJ, penuhi kehendak masyarakat

Oleh : SIRAJ ZAINI

PETALING JAYA, 22 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menaiktaraf gelanggang bola keranjang di Jalan SS2/61 dengan penambahan bumbung baru yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti dalam usaha meningkatkan kemudahan sosial kepada masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata projek penaiktarafan gelanggang itu dimulakan, pada Oktober lalu dan siap pada penghujung Disember dengan peruntukan daripada MBPJ sebanyak RM432,000.


yeo bee  yinKatanya, pembinaan bumbung berkenaan adalah permintaan penduduk setempat yang menyatakan tidak ada dewan orang ramai di kawasan itu bagi pelaksanaan aktiviti.

“Gelanggang ini bukan sahaja dijadikan tempat bersukan, tetapi boleh juga disewa untuk diadakan pelbagai program lain kerana ketiadaan dewan orang ramai bagi penduduk SS2 ini,” katanya.

Beliau ditemui ketika sidang media Kerja Pembangunan Sosial dan Kemudahan Masyarakat Petaling Jaya di Jalan SS2/61, dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Majlis, Tony Cheong; Pembantu Perhubungan Awam MBPJ, Nor Shalizawati Baharudin dan Yang Dipertua Persatuan Penduduk SS2 Selatan, Mohd Noor Othman serta wakil penduduk setempat.

Tony berkata, beliau juga merancang untuk membina tandas awam yang lengkap dengan pelbagai kemudahan kepada semua peringkat umur di kawasan berkenaan.

tonyBagaimanapun, perancangan berkenaan termasuk pembinaan gerai makanan baru bagi menggantikan gerai makanan yang sudah lama masih menunggu kelulusan peruntukan daripada MBPJ.

Sementara itu, Tony berkata, premis termasuk pejabat di kawasan itu disaran menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata kerana menyulitkan usaha yang dijalankan MBPJ itu.

IMG_0391Selaku wakil persatuan penduduk, Mohd Noor, berkata semua pihak termasuk penduduk dan MBPJ perlu bekerjasama bagi menjaga kemudahan yang disediakan supaya dapat digunakan bersama.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada MBPJ yang membina bumbung gelanggang ini dan saya harap kita dapat menjaga kemudahan ini supaya tidak rosak atau diabaikan,” katanya.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION