SELANGOR

MBSA jalan Operasi Pecah Tanjakan babit 3 premis

Oleh: MOHD EZLI MASHUT

SHAH ALAM 8 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini menjalankan Operasi Pecah Tanjakan di tiga buah premis perniagaan di sini.

Pelaksanaan program itu bagi mendidik pemilik premis perniagaan perkhidmatan servis kenderaan yang menyalah gunakan petak tempat letak kereta dengan membina tanjakan di hadapan premis mereka.

MBSAMenurut laman Facebook MBSA, mereka memecah kawasan tanjakan yang masuk di kawasan tempat letak kereta.

“Pemilik premis wajib memohon tempat letak kereta khas untuk kegunaan perkhidmatan premis,” katanya.

Bagaimanapun, pemilik yang memohon tempat letak kereta khas tidak dibenarkan membina tanjakan di hadapan premis mereka.

Katanya, tanjakan yang dibenarkan untuk digunakan bagi kegunaan premis adalah tanjakan mudah alih (besi) sahaja.

MBSA tanjakan1“Operasi pecah tanjakan pada premis yang mempunyai tempat letak kereta khas akan dijalankan pada bila-bila masa,” katanya.

Katanya, untuk pemohonan dan keterangan lanjut berkenaan tempat letak kereta khas, orang ramai boleh berhubung secara terus dengan Jabatan Pengurusan Hasil dan Pelaburan, MBSA di talian 03-5522 2872.

Bayaran sewa untuk 1 lot petak letak kereta khas adalah RM 200 sebulan bagi kawasan petak letak kereta di sekitar pentadbiran MBSA.

-NFN-


Pengarang :