MTUC: Kerajaan Pusat patut tegas laksana gaji minima RM900 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


MTUC: Kerajaan Pusat patut tegas laksana gaji minima RM900

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 27 JAN: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendesak Kerajaan Pusat tidak melayan permintaan mana-mana pihak yang meminta pengecualian daripada melaksanakan sistem gaji minima RM900.

Timbalan Presidennya, Abdullah Sani, berkata gaji menima ini wajib dilaksanakan kerana peningkatan kos sara hidup yang semakin menekan kebelakangan ini.


abdullah sani 01Katanya, MTUC sendiri akan membantah sekiranya ada pihak yang dikecualikan daripada perlaksanaan ini.

“Kita tidak boleh terima, bersekongkol dan setuju dengan mereka yang cuba menganiayai rakyat Malaysia sebab gaji minima ini akan mengangkat pendapatan dan sara hidup negara kita.

“Jangan dilayan. Itu saranan saya kepada kerajaan. Ia wajib untuk laksanakan,” katanya kepada Selangor Kini.

Jelasnya lagi, perlaksanaan gaji minima ini tidak terkecuali kepada sesiapa sama ada pekerja tempatan mahupun pekerja asing.

“Tiada penegecualian. Jangan bersimpati dengan syarikat yang mengaut untung tetapi rakyat menjadi mangsanya.

“Ia tidak terkecuali dengan sesiapa

“Selagi dibawah definasi kerja dibawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955 automatik terikat,” katanya lagi.

Sebelum ini,Persatuan Pengilang Tekstil Malaysia (MTMA) memohon agar Putrajaya mempertimbangkan permohonan agar industri tekstil dikecualikan daripada pelaksanaan dasar gaji minimum bagi memastikan kelangsungan mereka.

Antara alasan yang dikemukan pihak industri adalah termasuk, tempoh percubaan bagi pekerja industri selama enam bulan dengan gaji minimum sebanyak RM900 tidak menguntungkan mereka memandangkan pekerja dalam tempoh itu tidak memberikan sebarang sumbangan.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION