Najib ‘berseronok’ di luar negara, rakyat tanggung derita | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Najib ‘berseronok’ di luar negara, rakyat tanggung derita

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 8 JAN: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Berita News Straits Times Press (NSTP), Abdul Kadir Jasin membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara ketika rakyat berhadapan kenaikan kos sara hidup.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib memungkiri janji Pilihan Raya Umum ke-13 lalu untuk tidak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.


“Bukan rakyat yang berjanji dan berikrar tidak menaikkan harga tetapi Najib dan perancang Bilik Perang pilihan raya beliau. Kini, siapa yang mungkir.

a. kadir jasin(m)“Apakah salah, saya dan sesiapa juga menegur dan mengkritik Najib dan penasihat beliau yang bernilai berbilion ringgit itu,” katanya di dalam entri blog terbaru milik beliau.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan sesetengah pihak yang mengherdiknya kerana mengkritik Najib berkenaan pengurusan ekonomi.

“Saya rasa pembahas berkenaan tidak terbaca “nasihat” saya berjela-jela kepada Najib dan kerajaan melalui blog ini juga dalam tulisan di tempat lain berkenaan pengurusan ekonomi, mata wang serta percukaian.

“Bila kita membincangkan isu ekonomi, banyak orang tidak peduli atau mudah bosan. Tetapi kalau tidak bincang, mereka kata kita hanya pandai kritik,” katanya.

Katanya, sejak 2006, apabila kerajaan Abdullah Ahmad Badawi membuat potongan drastik subsidi petroleum menyebabkan harga minyak dan gas naik mendadak, selain harga barang serta perkhidmatan.

Beliau menulis beberapa buah rencana mengingatkan kerajaan berkenaan kesan buruk tindakan itu dan bagaimana mengurangkan beban pengguna.

Datuk-Seri-Najib-Tun-Razak1“Bukan tugas saya memberi tunjuk ajar terperinci kepada kerajaan berkenaan pengurusan ekonomi. Itu tugas kementerian, jabatan, agensi dan penasihat Perdana Menteri yang sangat ramai, hebat serta tersohor.

“Tugas saya adalah memberi maklum balas dan membuat kritikan. Malangnya, ada pihak menganggap kritikan sebagai penentangan dan inilah akibatnya apabila masyarakat tidak berfikiran kritis ditambah pula sikap partisan melampau,” katanya.

Kadir berkata, masalah yang dihadapi negara bukan sekadar kesan negatif rasionalisasi subsidi sahaja tetapi banyak isu dan masalah lain yang membimbangkan.

“Kita perlu terus bertanya, menegur dan mengkritik tetapi kalau ada orang yang berasa itu salah kerana terlalu sayangkan Perdana Menteri, saya rasa tidak perlu kita bersusah payah mengadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan.

“Kita hapuskan demokrasi dan lantik sahaja kerajaan sedia ada sebagai pemerintah seumur hidup, habis cerita,” katanya.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION