Nik Aziz cabar Umno-BN tidak letak calon PRK Kajang | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Nik Aziz cabar Umno-BN tidak letak calon PRK Kajang

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Umno-BN supaya tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika mereka berpandangan pengosongan kerusi itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.

Beliau yang dipetik daripada Harakah Daily berkata, laporan akhbar pro-Umno bahawa langkah mengosongkan kerusi terbabit adalah cubaan memanipulasi demokrasi sangat memualkan kerana langkah Umno merampas Kerajaan Perak pada tahun 2009 lebih menjijikkan.

“Barangkali Umno lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik dengan membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. Umno jangan berlagak baik kerana dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.


nik aziz pc rasuah 01“Saya suka mencabar Umno dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam PRK itu nanti,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook.

Beliau berkata, sudah pasti PKR mempunyaisebab tertentu sehingga langkah terbabit terpaksa dilakukan dan PAS menunggu penjelasan berhubung perkara itu.

“Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan berkenaan isu DUN Kajang yang dikosongkan wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu berkenaan strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan terbabit.

“Justeru, saya perlu menunggu penjelasan daripada PKR sendiri yang pasti mempunyai sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan semasa,” katanya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu pada PRK DUN Kajang.

Kerusi Dun Kajang kosong berikutan perletakan jawatan ADUNnya, Lee Chin Cheh yang diisytiharkan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh kelmarin.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION