SELANGOR

Nik Nazmi: Generasi muda patut berani tampil perjuang isu kepentingan rakyat

Oleh: Mohd Ezli Mashut

PETALING JAYA 27 JAN: Generasi muda di negara ini perlu berani dalam mendepani kepentingan rakyat khususnya dalam memperjuangkan hak rakyat dalam isu kos sara hidup yang tinggi, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan jurang ekonomi.

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pandangan anak muda dalam memberikan respon berkenaan isu berkepentingan rakyat adalah penting untuk perubahan dalam landskap politik negara.

nik nazmi gula tepung naikKatanya, anak muda perlu mewarisi semangat perjuangan keberanian Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membawa perubahan di negara.

“Kita bukan sahaja perlu bersatu tetapi juga adalah keberanian untuk membuat perubahan,”

“Apa yang penting adalah semua dalam memberikan idea dan pandangan dalam menangani isu itu,” kata Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS).

AnwarBeliau berkata demikian dalam ucapannya ketika Dialog Anak Muda yang diadakan dalam Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim di Sunway Resort Hotel & Spa di sini, petang semalam.

Kata beliau, pandangan golongan muda penting untuk meneruskan momentum perjuangan perubahan di negara ini.

“Itu yang diperlukan dalam negara ini, kita memerlukan semua anak-anak muda yang memberikan kekuatan kepada kita untuk terus memperjuangkan perubahan di negara ini ke arah yang lebih baik,” katanya.

EZY

 


Pengarang :