Operasi Bersepadu serbu kedai barang lusuh haram | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Operasi Bersepadu serbu kedai barang lusuh haram

Oleh : Lizawati Madfa

SUBANG JAYA 1 JAN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berpadu tenaga dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menjalankan Operasi Bersepadu perniagaan barang lusuh dan tempat menjual besi buruk haram sekitar Subang dan Puchong.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mejar (B) Mohd Rasip Rasul, berkata turut dipelawa dalam operasi kali ini adalah TNB Klang yang diketuai Eksekutif Teknik, Siti Nor Fadzilah Kadim, selain TNB Subang Jaya.


IMG_3657Katanya, pasukan TNB Klang itu dipilih kerana mempunyai kelengkapan khusus bagi mengesan sebarang kerja pengubahsuaian meter elektrik.

“Kita bawa sekali TNB kali ini untuk memeriksa sama ada perniagaan yang kita serbu hari ini juga melakukan kesalahan daripada segi penggunaan elektrik yang mungkin mampu mengundang perkara tidak diingini seperti kebakaran.

“Namun setakat operasi hari ini, kita dapati hanya satu premis sahaja yang menyalahi etika TNB dan mereka akan menghadapi tindakan mahkamah oleh TNB,” katanya.

Terdahulu, 28 pegawai penguatkuasa MPSJ, 16 wakil TNB (Subang Jaya dan Klang) serta dua pegawai PDRM menyertai operasi bersepadu ke atas lima buah premis.

Empat daripada premis yang diperiksa didapati tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah menyebabkannya disita dan barang perniagaan seperti ‘welding gas’ dan alat penimbang turut dirampas serta denda maksimum RM 1, 000.

IMG_3952Pemilik premis diambil tindakan berdasarkan Undang-undang Kecil 3 Tred Perlesenan, Perindustrian dan Perniagaan MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada MPSJ.

“Antara syarat yang mesti dipatuhi adalah mereka perlu menjalankan pernigaan di kawasan perindustrian dan bukandi kawasan yang kita serbu hari ini seperti perumahan dan kediaman,” katanya.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION