Pakar: Kenaikan kos sara hidup, ramai berdepan masalah hutang dan muflis | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Pakar: Kenaikan kos sara hidup, ramai berdepan masalah hutang dan muflis

SHAH ALAM 11 JAN: Kesan kenaikan harga barang yang meningkatkan kos sara hidup bakal menyebabkan semakin ramai rakyat berdepan masalah hutang yang kronik.

Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, perkara itu berlaku kerana hutang untuk menampung kekurangan atau ketidakcukupan pendapatan kesan daripada kenaikan harga barangan.

naik.jpgKata beliau, peningkatan yang berlaku ini sudah pastinya akan menyebabkan pengguna bandar terutama dalam kalangan berpendapatan sederhana rendah dan rendah (miskin bandar) rasa terbeban.


“Pendapatan yang diperoleh terpaksa dibelanjakan bagi memenuhi keperluan perbelanjaan semasa yang semakin meningkat dan menyebabkan keadaan ketidakcukupan pendapatan berlaku.

“Ada dalam kalangan mereka yang tidak mampu terpaksa memikirkan bagaimana hutang atau pinjaman sedia ada perlu dijelaskan,” kata beliau dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata kesan daripada itu, ada dalam kalangan pengguna yang akan mengambil jalan mudah dengan membuat pinjaman daripada sumber terlarang seperti syarikat pemberi pinjaman wang yang tidak sah atau berlesen bagi menampung kekurangan atau ketidakcukupan pendapatan.

cukainaik“Malah, ada yang sanggup berhutang dengan ceti haram atau ‘Ah long’. Ini akan menyebabkan mereka terdedah kepada ancaman keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Sebelum ini, Ketua ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng berkata jumlah rakyat negara ini yang bakal muflis meningkat akibat pemotongan subsidi gula, minyak serta kenaikan tarif elektrik dan barangan rumah lain yang secara langsung menaikkan kos kehidupan.

Dalam laporan akhbar Singapura, Straits Times baru-baru ini, terdapat lebih 60 rakyat yang diisytiharkan muflis setiap hari sehingga September, iaitu naik daripada 53 sehari pada 2012.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION