SELANGOR

Pengguna: Kerajaan Pusat patut kerja keras atasi isu kenaikan harga

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 14 JAN : Kerajaan Pusat digesa dapat mengawal kenaikan harga barang terutama keperluan harian seperti bahan basah selepas beberapa siri kenaikan harga yang disifatkan membebankan golongan berpendapatan rendah.

AyamKenaikan harga ayam, ikan dan sayur ketika ini membebankan pengguna namun pengguna tidak mempunyai pilihan lain selain membeli.

Pengusaha kantin asrama, Shida Mat Rashid, 37, berkata kenaikan harga bahan basah sangat ketara menyebabkan perbelanjaan harian meningkat berkali ganda.

PENGUNA - SHIDA MAT RASID 37Katanya, sebagai pengusaha kantin beliau tidak mempunyai pilihan lain selain membayar harga yang agak mahal kerana beliau tidak boleh menaikkan harga sesuka hati atau menukar menu harian.

“Untuk perbelanjaan bahan basah dulu untuk seminggu hanya RM400 tetapi kini sudah RM900.

“Perbezaan sangat ketara, bagi orang berniaga macam saya menyebabkan berlaku kerugian. Tetapi tiada cara lain sebab saya tidak boleh tukar menu sesuka hati begitu juga dengan harga,” katanya ketika ditemui Selangor Kini di Pasar Seksyen 6, di sini.

PENGUNA -ZAINAL HASSIM 60Pengguna lain, Zainal Hussin, 60, berkata beliau terkejut dengan kenaikan mendadak harga barangan itu namun bertindak berjimat cermat ketika ini.

“Saya lebih senang membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu barangan.

“Malah, kami sekeluarga bertindak berjimat cermat dalam berbelanja barang makanan dan sebagainya kerana tidak mempunyai pilihan lain,” katanya.

Bagi Liza Shamsuddin, 35, berkata beliau terpaksa membeli barangan yang benar-benar diperlukan sahaja.

PENGUNA - LIZA SHAMSUDDIN 35“Kena rancang betul-betul, sebab sekarang tidak macam dulu, boleh bila barang sesuka hati. Kita kena lihat apa yang diperlukan sahaja.

“Harga ikan mahal, makanan laut yang lain juga mahal. Kami sekeluarga terpaksa makan ala kadar sebab keluarga memang suka makan makanan laut,” katanya.

Beliau berkata perbezaan perbelanjaan barangan dapur yang sangat ketara menyebabkan ketika ini perbelanjaan mingguan melebihi RM150 seminggu berbanding kurang dari RM100 sebelum ini.

“Pengguna tidak mempunyai pilihan dan harus akur dengan harga tersebut walaupun kenaikannya agak melampau.

“Kita minta kerajaan dapat bertindak segera mengawal siri kenaikan harga barangan ini,” katanya.

EZY


Pengarang :