Pengunjung Pasar Seksyen 6 minta MBSA sedia parkir mencukupi | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Pengunjung Pasar Seksyen 6 minta MBSA sedia parkir mencukupi

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 14 JAN :Pengunjung pasar Seksyen 6, di sini gusar kerana mereka pasti akan berhadapan dengan masalah parkir atau tempat meletak kereta yang semakin runcing apabila waktu puncak dan hari cuti.

Justeru, mereka meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah terbabit.


Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Pasar Moden Seksyen 6, Kapten (B) Ismail Khan Kamarudin, berkata kekurangan parkir itu menyebabkan pengunjung terpaksa pulang dan tidak mengunjungi pasar terbabit.

Parkir MBSAKatanya, setakat ini, pasar itu mempunyai kira-kira 100 lot parkir tetapi disebabkan pengunjung yang ramai, parkir yang sedia ada tidak mencukupi.

“Ada pengunjung terpaksa meletakkan kereta mereka di tepi-tepi jalan tetapi terpaksa menanggung risiko untuk disaman pihak berkuasa.

“Ada yang terpaksa pulang selepas melihat parkir tidak ada. Kita tidak mahu perkara ini berlaku lagi, kesian peniaga jualan tidak habis terpaksa menanggung rugi,” katanya ketika ditemui Selangor Kini di pasar itu.

Selain itu, beliau berkata lot parkir yang disediakan pihak berkenaan tidak menepati standard menjadikan lot sempit dan menyukarkan pengunjung membuka pintu kenderaan.

PENGERUSI PASAR ISMAIL KHAN“Kalau kenderaan kecil tidak apa, tetapi kalau kenderaan besar memang terpaksa mengambil dua lot untuk parkir kereta mereka.

“Banyak rungutan saya dapat dan saya sudah mengutarakan masalah itu kepada MBSA,” katanya.

Ismail berkata sistem saluran di bahagian peniaga ikan juga perlu diberi perhatian kerana selepas disambung bahagian tempat ikan itu, air mengalir ke bahagian jalan kerana saluran yang ada tidak disalurkan terus ke longkang tetapi ke jalan yang ditar.

“Ini menyebabkan bau busuk, lecak dan jalan yang ditar itu berlubang. Jadi kami mahu MBSA perlu menyediakan saluran yang baik demi keselamatan peniaga.

“Peniaga juga banyak merungut apabila lampu di pasar itu ditutup seawal 8 pagi. Mereka meminta ia dilanjutkan kepada 11 pagi kerana ketika itu keadaan pasar masih gelap,” katanya.

EZY

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION