Pengurus Besar, Setiausaha Eksekutif PKNS dipindah ke SUK | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Pengurus Besar, Setiausaha Eksekutif PKNS dipindah ke SUK

Kerajaan Negeri Selangor sedia maklum tentang laporan meluas oleh media tentang kedudukan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemanjuan Negeri Selangor (PKNS) yang memberi gambaran seolah-olah perkara ini melibatkan kepentingan awam yang mendesak.

Kita berpendapat perkembangan tidak sihat ini berlaku kerana spekulasi yang dibuat oleh pelbagai pihak tanpa merujuk kepada fakta yang sahih.

Saya telah berbincang dengan pegawai kanan kerajaan tentang perkara ini dan menyerahkan surat kuasa kepada Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohamed Khusrin Munawi untuk melaksanakan tindakan pentadbiran terhadap Pengurus Besar dan Setiausaha Eksekutif Kerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).


Surat kuasa ini membolehkan Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri untuk melakukan siasatan dalaman bagi merungkai persoalan yang melibatkan  fakta dan undang-undang.

Bagi melaksanakan siasatan menyeluruh adalah amat sukar jika keduaa-duanya masih bertugas di PKNS.

Justeru, Dato’ Setiausaha Kerajaan telah mengeluarkan arahan kepada dua pegawai ini ditukarkan sementara ke Ibu Pejabat SUK bermula hari ini. Ini adalah kerana mereka adalah penjawat awam dan sebarang tindakan perlu mengikut peraturan penjawat awam.

Antara pekara-perkara yang perlu disiasat secara terperinci ialah bagaimana surat pemecatan Ahli Lembaga Pengarah dikeluarkan oleh Pengurus Besar tanpa pengetahuan Menteri Besar selaku Pengerusi PKNS.

Keputusan ini telah saya maklumkan kepada kedua-dua pegawai terlibat dan meminta mereka memberi kerjasama penuh kepada siasatan. Saya juga telah memberitahu keputusan ini kepada Ahli Lembaga Pengarah PKNS dalam mesyuarat sebentar tadi.

Sementara itu, kedudukan Ahli Lembaga Pengarah PKNS berkenaan kekal seperti yang diarahkan oleh Pengurus Besar PKNS pada 8 Januari lepas untuk mengelakkan sebarang komplikasi perundangan. 

* Tan Sri Khalid Ibrahim ialah Menteri Besar Selangor

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION