Piala Mega DUN Rawang lahirkan ramai pelapis bola sepak | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Piala Mega DUN Rawang lahirkan ramai pelapis bola sepak

Oleh: Siraj

SELAYANG 2 JAN : Kejohanan Bola Sepak Piala Mega Ahli Majlis DUN Rawang 2013 Bawah 12 Tahun yang berakhir di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di sini, petang semalam bakal mengeluarkan ramai pelapis pemain bola sepak di tanah air kelak.

Ia berikutan beberapa pemain di dalam 24 pasukan yang bertanding pada kejohanan berkenaan mendapat tawaran menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor Bahru yang menjadi medan melahirkan pemain bola sepak berwibawa suatu hari nanti.


budak flat red giant kidsKejohanan yang berlangsung pada musim cuti sekolah lalu dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 19 yang mendapat sokongan penuh daripada MPS serta syarikat permotoran, Hong Leong Yamaha yang memberikan tajaan.

Dalam pada itu, Yang Dipertua MPS, Azizi Mohd Zain berkata, MPS sentiasa memberikan sokongan terhadap penganjuran program seperti itu sebagai usaha memartabatkan sukan bola sepak di negara ini.

Katanya, kejohanan berkenaan merupakan satu program terbaik yang dapat mencungkil bakat baru seawal usia 12 tahun untuk di bawa ke peringkat yang lebih tinggi.

“Majlis akan sentiasa memberikan sokongan dan dokongan kepada JKP sebagai usaha untuk memartabatkan bola sepak di Selangor dan juga Malaysia suatu hari nanti,” katanya ketika ucapan penutup kejohanan berkenaan.

Turut hadir bagi memeriahkan hari terakhir kejohanan adalah Ahli Parlimen Selayang, William Leong serta bekas pemain kebangsaan dan Selangor, Shahrin Majid.

IMG_5457Sementara itu, Penasihat kejohanan, Md Sabri Md Taib, berkata kejohanan yang memasuki tahun ketiga itu terbukti berjaya mengeluarkan ramai pemain pelapis bola sepak untuk negara.

“Kita melahirkan beberapa pemain daripada pasukan Perak FC Kids untuk menimba ilmu di Bandar Penawar, dan ia suatu penghargaan buat kita semua, termasuk ibu-bapa, pengurus pasukan dan juga semua pihak,” katanya kepada SelangorKini.

Hari terakhir kejohanan itu turut memberi penghargaan kepada pasukan Perak FC Kids yang berjaya menjuarai kejohanan serta diadakan acara sampingan seperti pertandingan menimbang bola dan cabutan bertuah kepada ibu-bapa yang hadir.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION