PKR: Gaji pekerja patut naik sebelum GST dilaksana | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


PKR: Gaji pekerja patut naik sebelum GST dilaksana

Oleh: Norhayati Umor

PETALING JAYA 8 JAN : Tangga gaji pekerja perlu dinaikkan secara berperingkat sehingga purata isi rumah di negara ini memperolehi pendapatan munasabah sebelum Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan 1 April 2015 ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata pendekatan itu perlu dilaksanakan kerana Kerajaan Pusat mempunyai pengaruh besar dalam menetapkan kadar gaji sektor awam mahupun swasta.


rafizi-TI-01“Kerajaan Pusat mempunyai pengaruh besar melalui penyelarasan tangga gaji kakitangan awam kerana gaji kakitangan awam dijadikan rujukan kepada sektor swasta..

“Kerajaan bertanggungjawab menentukan kos buruh yang ditanggung oleh majikan melalui pelbagai peraturan, yuran dan kos lain,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Rafizi berpendapat kenyataan rakan kongsi kanan firma perakaunan dan percukaian KPMG, Johan Idris yang mahu gaji dinaikkan enam peratus setahun untuk mengimbangi kenaikan kos sara hidup perlu diambil kira.

Katanya, pandangan KPMG itu menggambarkan sentimen sebenar rakyat Malaysia bahawa pengenalan cukai baru itu dan kegagalan kerajaan melonjakkan kadar gaji di negara ini.

GST Grafik Baru“PKR kekal dengan pendirian selagi kerajaan tidak mengambil langkah yang berkesan untuk menaikkan gaji pekerja, maka GST tidak boleh dilaksanakan.

“PKR sebelum ini sudah mencadangkan supaya pendapatan isirumah minima sebanyak RM4,000 sebulan dicapai terlebih dahulu sebelum GST dilaksanakan,” katanya.

Rafizi berkata mengikut laporan Bank Negara Malaysia, dalam tempoh 10 tahun dari 2000 hingga 2010, pertambahan purata kenaikan gaji rakyat Malaysia hanya 2.6 peratus setiap tahun.

“Saya juga khuatir dengan keghairahan BN yang ingin melaksanakan GST sehingga berbelanja besar.

Jika alasan untuk melaksanakan GST adalah untuk mengurangkan defisit negara, maka sebarang perbelanjaan yang membabitkan pelaksanaan GST perlu dikawal ketat,” katanya.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION