Selangorkini
NASIONAL

PKR: MB Terengganu patut perjelas siapa tanggung lawatan ke Antartika

TERENGGANU 25 JAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said perlu menjelaskan pihak yang menanggung perbelanjaan dan tujuan lawatan ke Antartika.

Pengerusi Pimpinan PKR Terengganu, Azan Ismail, berkata Mat Said sepatutnya menumpukan kepada pembangunan Terengganu dan bukan menumpukan usaha di luar tugasan beliau.

antartika“Kepimpinan Terengganu tidak mempunyai perancangan jelas. Pembangunan fizikal dibuat tanpa perancangan, tidak sempurna dan ada yang separuh jalan.

“Kita minta dia tampil berikan penjelasan. Berapakah belanja, siapa sponsor, apakah tujuan lawatan itu. Adakah lawatan ke Antartika boleh menyebabkan harga barang turun dan jadi murah,” kata Azan dipetik Keadilan Daily.

Pada 15 Januari lepas, media melaporkan Ahmad mengetuai lawatan ke Antartika selama 15 hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).

Antartika1Kenyataan Pejabat Menteri Besar Terengganu menyatakan lawatan itu bertujuan membuka laluan bagi membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH).

Bagaimanapun, semalam, YDSM dalam kenyataannya menafikan ia mempunyai kaitan dengan lawatan berkenaan.

Azan IsmailMenurut Azan, beliau turut mempersoalkan kapasiti Ahmad Said mengadakan lawatan ke benua ais itu dan kelayakannya mengetuai misi berkenaan

“Tujuan dia ke sana sangat kabur. Apa kaitan negeri Terengganu dengan antartika. Apakah belanja ini ditanggung dari sumber negeri, yayasan atau pihak luar.

“Sekarang sudah jadi lucu. Ada yang kata cuaca sejuk di Terengganu kerana usaha Mat Said bawa balik ais batu dari antartika,” katanya.

Menurutnya, trend pimpinan negara kini mengadakan lawatan ke luar negara hingga menimbulkan bantahan ekoran pembaziran wang rakyat.

EZY


Pengarang :