PM digesa tidak beban rakyat dengan masalah kewangan negara | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


PM digesa tidak beban rakyat dengan masalah kewangan negara

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 2 JAN : Perdana Menteri diingatkan untuk tidak sekadar meletak beban kewangan negara di bahu rakyat, tetapi perlu juga membuat ‘keputusan berat’ yang sama terhadap syarikat milik kroni Umno-BN.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata jika Datuk Seri Najib Tun Razak ingin membantu mengurangkan beban rakyat, maka beliau perlu mengambil tindakan tegas mengurangkan keuntungan dinikmati Bernas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan juga pemegang konsesi tol.


pix-for-wawancara-tony-pua-DALAM1Jika tidak, Pua menyifatkan simpati yang dinyatakan Najib itu adalah sekadar usaha tidak bersungguh bagi menenangkan kemarahan rakyat.

“Antaranya kerajaan boleh mengkaji semula perjanjian bersama konsesi tol yang selama ini dibiarkan mengaut keuntungan berlipat ganda dan diberi kebenaran pula untuk menaikkan kadar tol.

“Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) yang dimiliki Litrak dibina dengan harga RM 1.3 bilion tetapi mengaut untung sebanyak RM 282 juta hingga 31 Mac 2013 sebelum menolak kos pembiayaan sebanyak RM89 juta serta cukai pendapatan RM48 juta.

“Jadi bagaimana Kerajaan Pusat boleh membenarkan syarikat ini mengaut keuntungan melampau selama 16 tahun lagi sehingga tahun 2029,” kata Pua dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Pua berkata Kerajaan Pusat juga tidak berupaya mengurangkan harga harga barang keperluan asas seperti beras, gula dan petrol sedangkan ianya dimonopoli oleh syarikat tajaan kerajaan sendiri.

“Bagaimana Bernas dibenarkan memonopoli kesemua pasaran beras sama ada tempatan mahupun import secara sendiri, begitu juga dengan gula, mengapa hanya dua syarikat sahaja dibenarkan untuk import, keluarkan dan menjual gula sedangkan kesemua subsidi sudah ditarik,” kata Pua.

Sehubungan itu, Pua menggesa kerajaan mengambil langkah lebih berkesan melibatkan kroni Umno-BN bagi membuktikan keikhlasan dan kesungguhan terhadap rakyat.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION