PR anjur konvensyen pasca PRU-13 pada 8 Mac ini | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


PR anjur konvensyen pasca PRU-13 pada 8 Mac ini

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 23 JAN: Pakatan Rakyat (PR) akan menganjurkan satu konvensyen peringkat kebangsaan pada 8 Mac ini. yang pertama kali diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata konvensyen itu akan diadakan di Selangor.


EMY_1708Beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini semalam berkata, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad dilantik sebagai koordinator konvensyen manakala Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak sebagai penasihat.

Sementara itu Pakatan Rakyat kekal dengan pendirian Suruhuhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru perlu ditubuhkan sebelum proses persempadanan semula dibuat.

Anwar Ibrahim berkata, Pakatan mengambil pendirian dan gesaan yang sama seperti Bersih 2.0.

“Kita bersetuju dengan gesaan Bersih untuk meminta ahli Suruhanjaya meletakkan jawatan bagi membolehkan ahli SPR yang lebih wibawa, layak dan bebas untuk mengendali soal persempadanan semula.

“Beberapa langkah terbaru mereka menunjukkan mereka terlalu tunduk kepada tekanan politik parti memerintah,” katanya.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION