PRK DUN Kajang: Mesyuarat khas SPR 5 Feb | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


PRK DUN Kajang: Mesyuarat khas SPR 5 Feb

SHAH ALAM 28 JAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara berkaitan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor pada 5 Februari ini.

spr on black 01Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pada pukul 12.05 tengah hari ini berhubung peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang Lee Chin Cheh.

Mesyuarat khas itu akan diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya dan diikuti sidang media oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION