PRK Kajang: Anwar cadang kempen secara minimum, elak pembaziran | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


PRK Kajang: Anwar cadang kempen secara minimum, elak pembaziran

Oleh : AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 29 JAN: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun padang bagi menjelaskan sendiri kepada pimpinan setempat dan rakyat berhubung penyertaannya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, setakat ini tidak ada format kempen yang ditetapkan dan akan berbincang dengan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) berkenaan perkara terbabit.


Katanya, beliau mencadangkan supaya peruntukan kempen diminimum dan Barisan Nasional (BN) sendiri tidak perlu meletakkan calon berhubung kenyataan pihak lain dalam soal pembaziran.

Anwar Kongres PKR“Saya sudah bincang dan minta mereka meminimakan peruntukan kempen pilihan raya dan menggunakan poster saya sedia ada. Kita gunakan bahan yang lama dan Selangor maklumkan bahan itu masih ada serta boleh digunakan.

“Yang penting saya kena turun ke Kajang untuk jelaskan pencalonan ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Anwar menjelaskan, terdapat banyak lagi pembaziran yang berlaku selain daripada PRK seperti menghabiskan wang berbilion ringgit.

“Membazir berbilion ringgit tidak nampak. Saya terima pandangan berkenaan dan sebab itu respon pertama kita kalau ada pembaziran, BN jangan letak calon.

“Tok Guru Nik Aziz sudah cakap, jangan letak calon sebab kawasan itu dianggap kubu kuat PR. Kalau anggap pembaziran kos itu perlu diturunkan,” katanya.

mat sabu pc pkr hq 01Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS daripada sudut PR tidak mempunyai sebarang masalah berkenaan siapa yang dicalonkan PKR memandangan kerusi terbabit adalah milik parti itu.

Mohamad Sabu ketika ditanya berkenaan pandangan beberapa pimpinan PAS yang mempertikai keputusan terbabit menjelaskan, setiap pihak boleh menyatakan pandangan peribadi dan tindakan itu dihormati kerana selaras dengan prinsip demokrasi.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION