Prof Dr Amir: Jangan salah subsidi sebab hutang negara tinggi, Jerman juga ada subsidi | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Prof Dr Amir: Jangan salah subsidi sebab hutang negara tinggi, Jerman juga ada subsidi

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 9 JAN: Langkah Kerajaan BN memotong subsidi barangan keperluan utama merupakan faktor penyebab kenaikan berantai barangan pengguna yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Kerajaan sepatutnya memikirkan langkah lain yang mampu menjimatkan lebih banyak perbelanjaan kerajaan seperti mengkaji pemberian subsidi ke atas syarikat penjana tenaga bebas (IPP) dan mengawal pembaziran yang banyak berlaku dalam urus tadbir kerajaan.


IMG_6923Pakar Ekonomi di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Amir Hussin Baharuddin, berkata Kerajaan Pusat tidak patut menyalahkan pemberian subsidi sebagai punca peningkatan hutang negara.

“Ada orang yang pandai nak merealisasikan kos dan subsidi. Katanya tak payah subsidi tetapi saya nak tekankan di negara maju seperti Jerman juga mereka ada subsidi.

“Syarikat besar ini dia meminta menambah pendapatan tatkala dia sedang dalam keuntungan, sepatutnya sama-samalah susah,” kata Dr Amir Hussin.

Dr Amir Hussin merupakan salah seorang panelis Wacana Sinar Harian siri ke 25 yang membincangkan tajuk Kejutan Ekonomi Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

IMG_6973Sementara itu, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam program sama berkata, tindakan Kerajaan Pusat mengambil setiap sen wang dari saku rakyat tidak menggambarkan pertumbuhan ekonomi dalam keadaan baik.

“Kita tengok setiap tahun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pertumbuhan ekonomi yang baik lima peratus, empat peratus, kaya ini dan itu tetapi pada masa sama pertumbuhan ekonomi yang dicanangkan BN itu kesan tak sampai kepada rakyat.

“Rakyat tanya sekarang ini kalau betul pertumbuhan ekonomi bagus, negara kaya macam ini kenapa kerajaan nak berkira walau harga 20 sen subsidi gula pun kerajaan mahu ambil dari rakyat,” kata Rafizi lagi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Kerajaan Pusat bertindak secara tidak telus dengan menaikan harga sesuatu barangan secara mengejut sekaligus menimbulkan kemarahan rakyat.

Wacana yang menarik minat kira-kira 200 hadirin yang memenuhi dewan itu dipengerusikan penganalisis politik dan juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION