Selangorkini
SELANGOR

Protes Pensel Merah: PKR gerak anak muda turun 4 Jan

Oleh: Mohd Ezli Mashut

Copy of geram-posterSHAH ALAM 2 JAN: PKR Selangor berusaha menggerakkan pelbagai pihak, terutamanya anak muda agar menyertai Protes Pensil Merah anjuran sekumpulan wartawan bagi menuntut kebebasan media di Kuala Lumpur pada 4 Jan (Sabtu) ini.

Setiausaha PKR Selangor, Amiruddin Shari, berkata perhimpunan anjuran kumpulan wartawan Gerakan Media Marah (GERAMM) itu perlu disertai sebagai membantah kekangan Kerajaan Pusat terhadap kebebasan media.

geramm logoKatanya, beliau menyokong sepenuhnya Protes Pensil Merah itu dalam menuntut kebebasan media dan membantah tindakan kerajaan menyalahgunakan undang-undang bertujuan menutup kepincangan mereka dalam pentadbiran dan pengurusan ekonomi negara.

Protes kumpulan wartawan pada Sabtu ini akan diadakan di depan Majlis Peguam, Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur pada jam 2 petang.

“Ia juga turut menzahirkan realiti bahawa di saat rakyat sengsara berdepan dengan pelbagai beban kenaikan, pimpinan tertinggi negara masih tegar berbelanja secara mewah dan boros,” kata Amiruddin.

Sebelum ini, Laporan muka depan The Heat yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dengan amalan berbelanja secara boros.

theheat“Di samping isu kekangan terhadap media yang kelihatan semakin ketara, isu pokok sebenarnya ditutup oleh Kerajaan Pusat adalah kemelut kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat,” kata Amirudin dalam kenyataan medianya.

Amirudin berkata, tatkala rakyat dihimpit dan dibebankan dengan pelbagai kenaikan, Kerajaan Pusat tidak mempedulikan rungutan massa.

“Sebaliknya muncul beberapa anggota kabinet kerajaan mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan meremehkan kesengsaraan ditanggung rakyat,” katanya.

4 JanJusteru, katanya laporan ‘pemborosan’ itu seperti dilaporkan The Heat dan liputan media lain perlu dibahas dan didedahkan ke pengetahuan khalayak.

“Isu ini bukan sekadar berkisar tentang kebebasan media bahkan turut melibatkan kepentingan rakyat khususnya pada masa sekarang di mana akses kepada maklumat adalah hak asasi setiap rakyat,” katanya.

EZY


Pengarang :