Selangorkini
NASIONAL

Rafizi: Ekonomi negara makin parah lepas BN menang PRU-13

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 15 JAN: Sebaik Barisan Nasional (BN) memperolehi mandat baru dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu, keadaan ekonomi negara menjadi semakin parah apabila parti itu terus mencipta  kerosakan terhadap ekonomi negara.

Keadaan ini berlaku apabila Kerajaan BN gagal mengambil langkah konkrit  membaiki keadaan ekonomi  ditambah amalan gemar berbelanja boros, tidak mengawal ketirisan dan rasuah semakin meningkat.

rafizi ekonomiPengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata Pakatan Rakyat (PR) memerlukan sekurang-kurangnya dua penggal untuk memperolehi belanjawan berimbang sekiranya berjaya memperolehi mandat membentuk kerajaan dalam PRU-14 nanti.

“Belum ada mana-mana negara cipta rekod 16 tahun berturut-turut hasilkan belanjawan defisit kecuali Malaysia di bawah BN.

“Semakin lama BN dibenarkan memerintah, masalah ekonomi jadi lebih besar dan lebih banyak masa diperlukan untuk memperbaiki ekonomi,” kata Rafizi dalam satu temubual ekslusif bersama Selangor Kini baru-baru ini.

Rafizi berkata, antara amalan yang diteruskan BN hingga menyebabkan struktur ekonomi dan kewangan negara menjadi semakin lemah adalah amalan menyelamatkan syarikat kroni sehingga kini sudah menelan berbilion ringgit.

BN PRU-13 bom 01Selain itu, amalan menganugerahkan projek secara rundingan terus kepada syarikat kroni yang tidak berkelayakan menjadi faktor kerosakan struktur ekonomi negara.

BN juga  mengambil sikap sambil lewa ketika berhadapan skandal kes National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dengan dana negara berjumlah RM250 juta.

Turut sama skandal projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional  melibatkan dana RM13 juta membabitkan Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

NFC_grafik“Kerajaan BN acuh tidak acuh menuntut semula dana dikeluarkan Kerajaan Pusat atas projek gagal ini sekaligus memberi persepsi mereka terlibat memperolehi keuntungan mudah beratus juta ringgit secara percuma,” kata Rafizi.

Tambah Rafizi, tanggungjawab rakyat memastikan BN ditewaskan dalam PRU-14 bagi mengelakkan negara daripada terjerumus ke kancah kejatuhan ekonomi lebih parah sekaligus hilang keupayaan membayar hutang sedia ada yang sudah melebihi RM500 bilion.

EZY


Pengarang :