SELANGOR

Rafizi : Pencalonan Anwar untuk kukuh benteng di Selangor

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 JAN: Langkah meletakkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah salah satu strategi untuk membina benteng yang lebih utuh dan kuat bagi mempertahankan Selangor daripada musuh politiknya Umno.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata walaupun ramai yang mengkritik langkah berisiko itu namun ia tetap perlu diambil sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi serangan politik terutama dalam isu sensitif seperti perkauman dan agama di Selangor.

Rafizi berkata, Selangor memerlukan seberapa banyak barisan kepimpinan tertinggi untuk berada di Selangor bagi mempertahankan negeri itu yang menjadi idaman Umno.

rafizi-TI-01“Bukan lagi satu rahsia bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dalam usaha untuk disingkirkan dan saat beliau jatuh sahaja, maka serangan bertubi-tubi akan menyerang Selangor.

“Sejak beberapa bulan lalu, isu perkauman dan agama sengaja dimainkan Umno bagi mewujudkan ketidakpercayaan rakyat.

“Jadi, kita memang jangkakan mereka akan memanipulasi dua isu ini untuk memburukkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor,” katanya dalam laman blog beliau dengan entri bertajuk ‘The Kajang Move: Game Changer in Putrajaya Quest’.

Rafizi berkata, langkah berkenaan juga diambil bagi mengelakkan kesilapan sama yang berlaku di Kedah berulang kembali di Selangor.

“Saya memohon maaf bagi pihak parti atas ketidaksamaan pendapat yang berlaku antara kami yang mengecewakan rakyat.

logo-pkr (1)“Walaubagaimanapun, kami cuba menyelesaikannya untuk kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya dan sama sekali tidak mahu tragedi di Kedah menghukum kami di Selangor.

“Kami belajar pengalaman pahit itu dan sedar bahawa untuk melawan Umno, perlu bertindak sebagai satu pasukan dan tidak boleh berpecah belah,” katanya.

Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon yang akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang dikosongkan Lee Chin Cheh, pada 27 Januari lalu.

Pencalonan Anwar turut mendapat restu daripada pimpinan parti PAS dan DAP yang berjanji untuk membantu kemenangan lebih besar di Kajang.

-NFN-


Pengarang :