Selangor jadi ‘launchpad’ Pakatan Rakyat ke Putrajaya – Rafizi | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Selangor jadi ‘launchpad’ Pakatan Rakyat ke Putrajaya – Rafizi

Oleh : LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 JAN : Selangor perlu dijelmakan sebagai ‘launchpad’ kepada Pakatan Rakyat (PR) bagi menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14,  kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

” Istanbul menjadi ‘launchpad’ kepada Erdogan dan Jakarta kepada Jokowi, Selangor juga mampu menjadi ‘launchpad’ yang baik kepada PR untuk mengambil alih Putrajaya.


“Saya juga berharap supaya langkah yang diambil ini akan menjadi titik tolak kita untuk melangkah ke Putrajaya.,” katanya sambil berharap, saat sukar yang digelarnya sebagai Kajang Move itu, akan dikenang  apabila Putrajaya, ditawan kelak.

Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon  kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dikosongkan Lee Chin Cheh, pada 27 Januari lalu.

Pencalonan itu mendapat restu pimpinan atasan  PAS dan DAP yang berjanji membantu kemenangan lebih besar di Kajang.

RafiziBeliau melalui blognya memberi penjelasan mengenai keputusan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding DUN Kajang dalam artikel  bertajuk ‘The Kajang Move: Game Changer in Putrajaya Quest’.

Dalam artikel sama, Rafizi berkata, pendekatan lebih radikal perlu untuk menyelesaikan beberapa isu, selain meneruskan pentadbiran telus dan berintegriti amalan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau  mahu pelan pembangunan rumah mampu milik  lebih rancak, pelan pembangunan sumber air lebih tegas, selain melindungi hak minoriti di negeri itu yang sering diserang Umno.

“Saya percaya kita mampu melakukan lebih lagi berhubung tahap kebersihan dan kehidupan lebih baik demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Rafizi menyatakan penghargaan kepada pimpinan rakan komponen DAP dan PAS yang begitu memahami percaturan itu.

 

-NFN FZL-

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION