Rakyat makan kangkung, menteri guna jutaan ringgit belayar ke Antartika | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Rakyat makan kangkung, menteri guna jutaan ringgit belayar ke Antartika

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 17 JAN: Tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mengetuai lawatan kerja selama 15 hari menggunakan kapal persiaran mewah ke Antartika diselar Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Pua dalam satu kenyataan menyifatkan lawatan itu sebagai satu pembaziran besar dalam keadaan rakyat di negara ini dipaksa supaya sentiasa berjimat-cermat untuk berdepan krisis ekonomi yang sedang merudum.


tony-pua“Menteri Besar Terengganu mengumumkan “lawatan sambil belajar” ke Antartika. Fuyoh, belajar buat ais kot. Rakyat makan kangkung, menteri belanja berjuta ringgit belayar ke Antartika,” katanya dalam laman Facebook.

Melalui satu kenyataan kepada portal The Malaysian Insider, Pua berkata Ahmad Said tidak mempunyai kaitan dalam lawatan berkenaan selaku menteri besar dan tidak akan membawa sebarang pelaburan asing.

“Beliau bukan Menteri Sains dan Teknologi atau Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Ahmad tidak boleh berkata tujuan ke sana untuk misi pelaburan asing atau menarik pelancong melainkan hanya melihat penguin di sana.

“Ahmad juga tidak boleh memberi alasan meragukan seperti bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo ke Disneyland bagi mengkaji taman tema dengan mengunjungi Mickey Mouse dan rakan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Datuk-Seri-Ahmad-SaidSemalam, Pejabat Menteri Besar Terengganu dalam satu kenyataan mengumumkan lawatan itu dianjurkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Yayasan Diraja Sultan Mizan.

Kenyataan itu turut menyebut lawatan kerja berkenaan bertujuan membantu kerajaan dalam menubuhkan pusat kajian bersama Instituto Antarctico Chileno.

Hal itu kononnya bagi membantu Malaysia dalam kajian perubahan iklim yang semakin tidak menentu sejak akhir-akhir ini.
-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION