NASIONAL

Rakyat patut turun 4 Januari, tanda solidariti kebebasan media

Oleh: Mohd Ezli Mashut

Copy of geram-poster

SHAH ALAM 2 JAN: Rakyat diseru turut menyertai Gerakan Media Marah (GERAMM) melalui Himpunan Pensil Merah sebagai tanda sokongan kepada media dan wartawan serta hak kebebasan media di hadapan Majlis Peguam, Kuala Lumpur, bermula jam 2 petang, pada 4 Januari ini.

Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Haziq Fikri, berkata media harus bebas membuat liputan berkenaan semua isu khususnya membabitkan kepentingan awam dan masyarakat.

4 Jan“Ini kerana segmen kenegaraan harus menjadi aspek paling penting dalam sesebuah penerbitan berita oleh pihak media,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Ketua Koordinator JINGGA13, Fariz Musa, berkata Himpunan Pensil Merah itu adalah satu tanda manifestasi kebebasan media serta bersuara yang meraikan amalan demokrasi serta menolak amalan kekangan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, kerajaan pusat melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung The Heat adalah tindakan yang tidak demokratik dan anti kebebasan media.

“Apa juga alasan KDN, rakyat tetap melihat penyiaran atrikel yang mengkritik Perdana Menteri dan isteri beliau berkenaan perbelanjaan mewah serta boros menyebabkan The Heat terus digantung. Sehingga kini, KDN masih gagal membebaskan The Heat,” katanya.

fariz musa pic 3Fariz berkata, kajian Reporters Without Borders menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang tidak demokratik dan mengekang kebebasan media daripada tangga ke 123/179 pada 2012, semakin menurun di tangga 145/179 pada 2013.

Katanya, kerajaan BN terus menggunakan undang-undang untuk menyekat kebebasan bersuara dan media menggunakan Akta Percetakan dan Penerbitan sebagai ‘senjata’ dan ‘bom’ mengawal segala tindak tanduk media yang dilihat tidak mememenuhi selera pimpinan BN.

“Selain KDN , Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga dijadikan sebagai alat kerajaan BN bertujuan mengugut wartawan dan pengamal media, mengawal kebebasan dan hak bersuara.

“Akta Percetakan dan Penerbitan dikaji serta dipinda supaya selari dengan hak kebebasan media,” katanya.

-NFN-


Pengarang :