Rasuah: Reman pegawai khas menteri disambung 2 hari | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Rasuah: Reman pegawai khas menteri disambung 2 hari

SEPANG 12 JAN: Tempoh reman seorang pegawai khas menteri dan ahli perniagaan berpangkat ‘Datuk’ yang ditahan berhubung dakwaan rasuah berkaitan tender pembersihan di sebuah kementerian disambung dua hari lagi mulai Isnin.

logo SPRMPendaftar Mahkamah Majistret, Rozaidi Yaacob, membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh tahanan reman ke atas kedua individu berkenaan dipetik Mstar Online.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.


Kedua-dua mereka mula ditahan reman selama empat hari sejak Khamis lalu bersama seorang lagi suspek iaitu seorang wanita berjawatan setiausaha.

SPRM_tender

Tiga individu termasuk seorang pegawai khas menteri ditahan reman pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender. 
Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a) (B) dan Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. 
-fotoBERNAMA

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION