RM50juta bazir beli peralatan Bomba, boleh bagi bonus RM3,800 seorang | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


RM50juta bazir beli peralatan Bomba, boleh bagi bonus RM3,800 seorang

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 25 JAN: Kerajaan Pusat patut memberikan penjelasan berkenaan perbelanjaan RM50 juta Kementerian Kewangan membeli peralatan tidak penting bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dibuat tanpa tender terbuka.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata Kerajaan Pusat mesti jujur dan telus sekiranya Jabatan Bomba dan Penyelamat dipergunakan sebagai satu saluran memperkayakan satu pihak dengan merugikan faedah anggota bomba serta keselamatan orang awam.


bomba 1Katanya, perbelanjaan RM50 juta itu boleh digunakan untuk membayar gaji 13,000 anggota bomba (bergaji rendah) – malah boleh dijadikan bonus sebanyak RM3,800 seorang anggota.

“Kami percaya bahawa Jabatan Bomba akan lebih mendapat manfaat sekiranya dana tersebut digunakan untuk membayar anggota bomba dalam bentuk bonus ataupun kenaikan gaji.

“Pada waktu ini, ramai anggota bomba menerima bayaran rendah – gaji pokok seorang anggota muda adalah kurang dari RM1000, malah Ketua Balai pun digaji sekadar RM3,800,” kata Bee Yin dalam satu kenyataan media.

Katanya, , anggota Bomba tidak berhak untuk tuntutan lebih masa. Dalam skim gaji sedemikian, yang lebih rendah berbanding PDRM, walaupun dengan beberapa elaun, ramai anggota bomba merasakan sukar sekali untuk menampung keluarga, terutamanya yang bekerja di kawasan Lembah Kelang.

“Ini pastinya akan dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung keluarga ahli bomba terutamanya dalam keadaan harga barang yang kian meningkat serta memberikan impak moral yang tinggi kepada jabatan tersebut,” katanya.

yeo bee  yinBeliau berkata, seperti yang didedahkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (Public Accounts Committee, PAC), kerajaan Barisan Nasional telah sekali lagi memperlihatkan kekurangan akauntabiliti dalam membelanjankan wang rakat.

Ia dengan menghabiskan sebanyak RM50 juta membeli “CCS Cobra Cutting Extinguisher E300” melalui rundingan terus yang dibuat meskipun Jabatan Bomba tidak berkehendak untuk peralatan tersebut.

“Kenapa Putrajaya begitu bermurah hati membayar pembekal melalui rundingan terus tetapi memberi bayaran yang begitu ‘ciput’ kepada anggota barisan hadapan yang melindungi nyawa dan harta benda rakyat?,” katanya

Katanya lagi, seandainya RM50 juta itu digunakan untuk membeli jentera bomba yang begitu diperlukan oleh balai seluruh negara, ia pastinya menambah keberkesanan anggota bomba dalam menangani kecemasan akibat kebakaran serta menjaga keselematan mereka sendiri sewaktu melaksanakan tugas.

EZY

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION