Selangor beri jaminan projek terbengkalai di Bandar Alam Mutiara Ijok akan selesai | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Selangor beri jaminan projek terbengkalai di Bandar Alam Mutiara Ijok akan selesai

Oleh : SIRAJ ZAINI

KUALA SELANGOR, 18 JAN: Projek perumahan Revolusi Hijau peringkat II Bandar Alam Mutiara, Ijok, dekat sini, yang terbengkalai selama lebih 10 tahun akan diselesaikan kerajaan negeri selepas memperoleh keputusan mahkamah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata urusan mengambil alih tanah daripada pemaju asal iaitu Mujur Zaman Development Sdn Bhd bakal diputuskan mahkamah, pada Mac ini.


Abdul Khalid berkata, beliau berharap semua peneroka bersabar kerana kerajaan negeri berpengalaman menyelesaikan beberapa projek terbengkalai seperti di Bukit Botak, Gombak dan Alam Perdana, Puncak Alam sepanjang lima tahun kebelakangan ini.

DSC_8019“Kerajaan negeri akan berusaha mengembalikan hak rakyat dan saya yakin projek ini dapat diselesaikan berdasarkan pengalaman kita menyelesaikan projek terdahulu,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika berucap di Program Dialog bersama Peneroka Revolusi Hijau Bukit Cherakah Peringkat II, Bandar Alam Mutiara, Ijok, bertempat di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini, pagi tadi.

Turut hadir, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr Idris Ahmad; Pegawai Daerah Kuala Selangor, Suliman Abdul Rahman; Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan; Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Norzatun Aini Kassim dan hampir 800 peneroka kawasan itu.

Pada masa sama, projek perumahan yang terbengkalai di kawasan seluas 717.94 hektar itu mula dibangunkan pada 2003 dan dijadual siap pada 2005 menelan kos RM193 juta itu sudah siap sebanyak 40 peratus.

Bandar Alam MutiaraProjek itu membangunkan 924 rumah teres dua tingkat, selain menjanjikan pampasan dan sebuah rumah kepada setiap seorang peneroka menjadi terbengkalai disyaki atas faktor kewangan.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, beliau akan menyerahkan urusan pembangunan semula projek perumahan itu kepada anak syarikat kerajaan negeri.

“Anak syarikat kerajaan negeri iaitu Permodalan Negeri Selangor Berhad(PNSB) terbabit dalam pembangunan semula projek terbengkalai di Alam Perdana dan sebab itu saya harap semua peneroka dapat bersabar,” katanya.

Bandar Alam MutiaraSementara itu, Abdul Khalid menyatakan urusan pengambilalihan tanah daripada pemaju terbabit sudah dimulakan sejak 2012, namun berdepan beberapa masalah apabila pemaju didakwa enggan menyerahkannya.

Kerajaan negeri terpaksa berdepan dengan tindakan saman berjumlah RM5 bilion yang dikemukakan pemaju terbabit, namun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman berkenaan.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION