Selangor kesal Ketua Pembangkang dihalang masuki Jepun | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Selangor kesal Ketua Pembangkang dihalang masuki Jepun

Oleh Tan Sri Khalid Ibrahim

Kerajaan Selangor amat kesal dengan kejadian yang menimpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim dimana beliau telah dihalang daripada memasuki negara Jepun berdasarkan laporan ‘sesuatu yang berlaku tahun lalu’ yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

Kerajaan Negeri berpendapat perbuatan ini menghina kedudukan beliau selaku Ketua Pembangkang Malaysia yang telah dipilih oleh rakyat secara sah menjadi Ahli Parlimen menerusi Pililhan Raya Umum ke-13 yang lalu.


Lebih dikesali kerana Kerajaan Selangor mempunyai hubungan baik dari segi diplomatik dan ekonomi dengan Jepun dimana pelabur Jepun adalah pelabur asing terbesar di Selangor manakala Dato’ Seri Anwar Ibrahim pula adalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Mencerminkan hubungan baik dan kerjasama erat ini, Kerajaan Negeri amat berharap kerajaan Jepun dapat memberi penjelasan yang memuaskan berkaitan insiden ini supaya sebarang kekeliruan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Kita juga mendesak Wisma Putra memberi alasan yang munasabah kerana terbukti tindakan oleh pihak berkuasa Jepun ini diambil berdasarkan laporan malah mungkin juga arahan yang dikeluarkan kerajaan Malaysia.

* Tan Sri Khalid Ibrahim ialah Menteri Besar Selangor

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION