Selangor warta tanah untuk ‘sekolah bawah pokok’ | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang


Selangor warta tanah untuk ‘sekolah bawah pokok’

SHAH ALAM 7 JAN: Selangor tidak mempunyai sebarang masalah untuk mewartakan tanah miliknya, melalui syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) PKNS untuk tapak asal Sekolah Tamil Seaport di Petaling Jaya.

Kira-kira 20 ibu bapa mahu mengekalkan sekolah itu walaupun Kementerian Pendidikan memindahkannya ke tapak lain di Kampung Lindungan.

sekolah tamil-grafikWakil pejabat setiausaha kerajaan negeri N M Rajan yang berada di sekolah itu pagi ini berkata, kerajaan negeri secara prinsipnya bersetuju dan akan bertemu dengan lembaga sekolah dan ibu bapa untuk menyelesaikan perkara itu dalam masa terdekat.


“Saya akan cuba menyusun pertemuan dengan Halimah Ali, exco pendidikan negeri,” katanya yang dipetik daripada Malaysiakini selepas pertemuan dengan pihak sekolah, ibu bapa dan Jabatan Pendidikan Selangor.

Pada masa sama, Jabatan Pendidikan Selangor masih tidak dapat memberikan penyelesaian kukuh berhubung perkara itu.

Justeru, sekolah itu akan kekal ditutup supaya ibu dapa dapat menyelesaikan isu berkenaan pemilikan tanah terlebih dahulu.

Ibu bapa memberitahu, mereka akan terus menghantar anak ke “kelas bawah pokok” bersebelahan dengan sekolah itu, bahkan sudah memasang khemah menggunakan wang sendiri bagi memastikan keselesaan murid.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION