NASIONAL

Singapura turun kadar elektrik, Kerajaan BN di Malaysia terus beban rakyat

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 1 JAN: Tindakan Kerajaan Singapura yang menurunkan kadar tarif elektrik di negara republik itu jelas membuktikan mereka lebih prihatin dan waras dalam mengutamakan kepentingan rakyat.

Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, berkata perkara sebaliknya berlaku di Malaysia apabila Putrajaya lebih cenderung untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan termasuk tarif elektrik.

jingga 13 pc DNS 01“Ini membuktikan Singapura lebih waras dalam mementingkan rakyat. Berbeza dengan Malaysia, kalau boleh biar berlaku kenaikan kos barangan.

“Ini menunjukkan Singapura lebih memahami sentimen rakyat,” kata Fariz kepada Selangor Kini.

Berkuatkuasa 1 Januari 2014, Semenanjung Malaysia menyaksikan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 14.98 peratus atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh dan lima sen bagi Sabah dan Labuan.

Kenaikan berturut-turut ini menambahkan beban rakyat yang bakal berhadapan ‘tahun gelap’ memandangkan sebelum itu berhadapan dengan kenaikan harga minyak, gula, tambang perkhidmatan awam dan juga bil Astro.

Berbeza dengan Singapura, kadar tarif elektrik akan berkurangan sebanyak purata 1.7 peratus atau 0.43 sen bagi setiap kWh, untuk tiga bulan akan datang.

kadarBagi tempoh dari 1 Jan hingga 31 Mac 2014, tarif elektrik akan berkurangan sebanyak purata 1.7 peratus atau 0.43 peratus setiap kWh.

Pengurangan tarif adalah kerana kos yang lebih rendah daripada gas asli yang digunakan untuk penjanaan elektrik, yang jatuh sebanyak 2.6 peratus berbanding suku tahun sebelumnya.

Tarif elektrik bagi isi rumah akan berkurangan 26,08-25,65 sen bagi setiap kWh dalam suku pertama 2014. Purata bil elektrik bulanan bagi keluarga yang tinggal di empat bilik HDB flat akan berkurangan sebanyak $1,65.

Tambah Fariz, perbandingan ini sudah pastinya bakal diteruskan dengan kenyataan dangkal menteri dan penyokong BN melalui alasan ‘tidak suka tinggal di Malaysia, sila pindah ke negara lain’.

Jelasnya, kenyataan berhijrah berkenaan hanya ditonjolkan kumpulan tidak matang dalam memberikan alasan kukuh melalui hujah bagi menjawab soal kenaikan harga barang.

“Rakyat Malaysia bakal terus terhimpit dengan kenaikan harga barang dan sudah pastinya pelbagai bentuk kenaikan akan menyusul untuk terus menekan rakyat,” kata beliau.

EZY


Pengarang :