NASIONAL

SMM: Himpunan Turun ambang 2014 hanya permulaan

SHAH ALAM 1 JAN: Himpunan membantah kenaikan kos sara hidup pada malam ambang 2014 yang berjaya mencatat kehadiran lebih 10,000 peserta merupakan isyarat pertama daripada rakyat negara ini membantah kenaikan harga barang.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammed Bukhairy Sofian, berkata mahasiswa akan terus memberi tekanan kepada kerajaan minoriti Umno-BN.

“Ini baru di peringkat permulaan. Ini baru isyarat kepada kerajaan supaya mereka sedar orang bawahan ini susah,” kata Bukhary dipetik dari Keadilan Daily

Turun10“Kalau kerajaan masih melaksanakan mahu GST, masih mahu meneruskan kenaikan harga barang, kita (mahasiswa) akan datang memprotes lagi dan terus beri tekanan kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat menggunakan dana awam bagi program tidak munasabah seperti perayaan malam tahun baru, sedangkan pada masa yang sama ada rakyat menderita akibat bencana alam seperti banjir di Pahang dan Sarawak.

“Kerajaan terlalu banyak mambazirkan wang rakyat. Contohnya untuk sambutan tahun baru 2014 kerajaan membelanjakan RM15 juta.

“RM15 juta itu datang dari rakyat. Jadi perlu disalurkan kepada kebajikan rakyat secara menyeluruh.

“Bukan semata-mata untuk tahun baharu sahaja,” katanya.

EZY


Pengarang :