SELANGOR

SUK bakal tentukan kedudukan Azmin, Norita dalam PKNS

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 25 JAN: Kedudukan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Kerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Norita Mohd Sidek bergantung kepada keputusan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Selain Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata  pegawai kewangan negeri juga diberi kuasa memutuskan kedudukan mereka.

“Itu terpulang kepada SUK dan pegawai kewangan negeri. Yang penting, kita mesti ikut peraturan negeri,” katanya selepas menghadiri Malam Penghargaan dan Penganugerahan Program Zon Bersih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pusat Konvensyen Shah Alam, semalam.

Menyifatkan tindakan PKNS dalam kontoversi itu sebagai ‘tidak biasa’, beliau berkata:

“Kita ingin kaji bagaimana PKNS dapat lakukan beberapa perkara yang tidak biasa dilakukan mana-mana perbadanan kerana ia sudah diwujudkan lebih 30 tahun.”

pkns-logoPada 15 Januari lalu, beliau mendedahkan keputusan tidak memperbaharui kontrak perkhidmatan Azmin bukan keputusan beliau atau Exco Selangor, tetapi diputuskan Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar.

Ekoran itu, Abdul Khalid mengarahkan Khusrin untuk mengambil tindakan tata tertib kepada Othman dan Norita yang kini ditempatkan sementara di Bangunan SUK.

Beliau juga mengarahkan Ketua Setiausaha Sulitnya supaya mendedahkan dokumen isu Ahli Perbadanan PKNS mengikut kronologi untuk pengetahuan umum.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid menafikan wujud desakan untuk beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan kononnya gagal menyelesaikan pelbagai isu di negeri itu.

FZL


Pengarang :