BERITA UTAMA

Syabas Kesas dan Kerajaan Selangor – Subky Latif

Oleh: Subky Abdul Latif

SYABAS! Beribu-ribu syabas buat Kesas Sdn Bhd kerana berani mengumumkan tidak akan menaikkan caj Lebuh Raya Shah Alam (SLA) pada 2014.

Syabas juga buat PKNS kerana mematuhi dasar kerajaan Negeri Selangor untuk melakukan apa yang terdaya bagi menghalang kenaikan tol di mana-mana lebuh raya yang ia mempunyai saham konsesi.

pkns 2Terdaya atau tidak PKNS menghalang syarikat yang punya saham majoriti untuk menaikkan tol tidak diketahui tetapi ia sudah ada dasar sekarang iaitu membangkang kenaikan itu.

Tidak perlu dengar cakap Noh Omar yang seolah-olah bebal itu agar kerajaan Selangor beli semua saham konsesi jalan bertol supaya tol tidak dinaikkan.

Pengguna Lebuh Raya Kesas sekarang boleh bersyukur kerana ancaman bala iaitu kenaikan tol tidak akan berlaku. Masing-masing boleh menunaikan sujud syukur kerana terlepas daripada ancaman bala itu. Walaupun penindasan atas tol itu masih ada, tetapi selagi Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat beban itu tidak bertambah.

Bolehlah mereka mengharapkan dalam PRU yang akan datang kiranya berubah kerajaan pusat, ada harapan tol boleh dijadikan sejarah dimansuhkan atau paling tidak, diturunkan mengikut kadar pertambahan kenderaan di jalan raya.

Jika Perdana Menteri Najib anak jantan betapa dasarnya disangka betul, maka dia dicabar, naikkan tol mulai seminggu dua ini sebagai yang diamarankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wahid Omar betapa kenaikan tol tidak dapat dielakkan.

Wahid Omar adalah menteri suruhan. Dia tidak pernah minta pengundi menyokongnya supaya dia jadi menteri. Dia jadi menteri kerana disuruh Najib. Maka dia sebagai menteri suruhan tidak ada kuasa untuk membuat dasar menindas pengguna jalan bertol bagi menaikkan tol, melainkan dia menyampaikan amaran tol tidak dapat dielakkan daripada naik setelah ia tidak naik sebelum PRU13.

Apakah langkah menindas rakyat dengan menaikkan tol itu popular atau tidak, kerajaan anak jantan mesti naikkan juga bagi mengelakkan beban kerajaan menanggung sabsidi tol kira-kira RM400 juta setahun syarikat konsesi.

plaza tolNajib boleh tempelak orang ramai. Mereka mana tahu beban yang kerajaan tanggung. Asyik membantah langkah kerajaan saja. Apakah kerajaan hendak dibebankan saja yang akibatnya konon negara boleh muflis.

Jika Najib sangka dia betul. Langkahnya rasional dan ia bukan untuk menindas rakyat, laksanakan apa yang Wahid amaran itu.

Amaran itu adalah tambahan ancaman yang menindas rakyat selepas PRU13. Rakyat sudah ditindas dengan kenaikan harga minyak, gula, ancaman tambahan tarif eletrik mulai kokok ayam pertama tahun 2014. Dan sekarang tambahan caj tol.

Jika tol tidak jadi dinaikkan, bukan kerana dasar atas tol tidak menindas, tetapi justeru ancaman politik yang Najib dan Barisan Nasional hadapi atas reaksi rakyat bersama pembangkang atas ancaman kenaikan itu.

Grafik-Selangor-PakatanReaksi Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim ialah memanfaatkan kuasa politik yang ada pada mereka untuk menghalang tambahan penindasan ke atas pengguna lebuh raya yang kerajaan Selangor ada saham.

Pengguna lebuh raya SLA (Kesas) sudah bebas daripada ancaman itu. PKNS juga akan redakan kebimbangan orang-orang yang tertindas. Jika tidak ada tindakan sepadu Anwar dan Khalid, tiada cara bagi semua terlepas daripada ancaman bala.

Dipetik: The Malaysian Insider


Pengarang :